Terkini : Pesawat Pakistan Terhempas

Foto hiasan.


Sebuah pesawat Pakistan yang membawa 37 penumpang telah dilaporkan
'hilang', kata jurucakap syarikat penerbangan.

Pesawat penumpang PK 116 milik Pakistan International Airlines (PIA) dalam perjalanan ke Islamabad dari utara bandar Chitral.

Media tempatan, ANI,  melaporkan pesawat itu telah terhempas berdekatan Haveliyan di Abottabad.

Dalam perkembangan terbaru, portal BBC turut melaporkan media tempatan pesawat itu terhempas. Selain itu, polis tempatan turut mengesahkan pesawat itu telah terhempas.

Menurut media tempatan, selebriti negara itu yang dikenali sebagai Junaid Jamshed, turut menaiki pesawat itu bersama isteri.

Junaid Jamshed adalah seorang artis rakaman, personaliti televisyen, pereka fesyen, pelakon  dan penyanyi dan jugapenulis lagu.
Sumber: Independent, Reuters

Siakap Keli 
Terkini : Pesawat Pakistan Terhempas Terkini : Pesawat Pakistan Terhempas Reviewed by Mad Pikghie on 8:43 PM Rating: 5
Comments
0 Comments

No comments:

Powered by Blogger.