Terbongkar! Rupanya Inilah Cara Datuk Aliff Syukri Terlajak Laris Didik Anak
Diperolehi dari FB kepunyaan Datuk Aliff Syukri Terlajak Laris.
Berikut disiarkan semula kenyataan beliau tentang cara dia dan isterinya
mendidik anak-anak.
Sesuatu yang menarik untuk kita kongsikan bersama-sama.
Terima kasih Datuk & Datin.
1. Datuk dan Datin tak pernah bagi handphone, tab, gajet-gajet
kepada anak-anak. Jadual anak-anak penuh dgn masa belajar bahasa Cina,
India, Inggeris, mengaji dan lain-lain. Masa lebih akan diluangkan
bersama keluarga.
2. Anak-anak dibolehkan menonton TV pada hari Sabtu dan dua jam sahaja.
3. Setiap kali makan dirumah akan makan bersama-sama duduk di
lantai (bentang tikar), senang suap menyuap. Meja hanya sebagai syarat
ada dalam rumah (kadang-kadang orang guna untuk berlakon)
4. Datuk kerja bawa bekal dan wajib untuk anak-anak bawa bawa bekal
juga. Isteri yang masak, bibik hanya membantu. Sebab Datuk percaya air
tangan seorang ibu kepada anak-anak dan isteri sangat bagus.
5. Anak-anak sekolah swasta. Datuk hanya bagi duit belanja RM2
kalau nak beli aiskrim/apa2. Sedangkn ibu bapa kepada kawan-kawan beri
RM10/hari.
4. Datuk akan bawa anak-anak ke rumah anak yatim dua bulan sekali
utk anak-anak tidur sana & rasai sama-sama kehidupan susah senang
anak yatim yang tiada ibu bapa dan tengok sendiri perasaan mereka bila
terima sumbangan.
5. Datuk akan pastikan anak-anak tahu rasa susahnya nak cari duit.
Latih anak-anak alami sendiri. Bila anak-anak dah besar kalau nak kereta
kena rasa dulu jadi pekerja stor dan ujian-ujian dari Datuk.
6. Masalah bila anak-anak berkumpul dengan sepupu mereka atau bila
berada dalama keluarga besar ialah mereka akan persoalkan tak ada mainan
itu ini, sebab Datuk tak nak latih mudahnya dapat sesuatu dan hidup
dalam kemewahan.
7. Datuk percaya anak-anak yang berkualiti, bagus datangnya dari
didikan ibu bapa. Ibu bapa yg pertama dalam kehidupan anak-anak. Guru
sekolah itu yg kedua. Bukan kita suh guru2 100% didik anak kita. Kita
cuma usaha sekolahkan anak-anak dengan bagus.
8. Datin percaya setiap anak ada kelebihan & kekurangan. Jadi jgn pilih kasih pada anak-anak.
Terbongkar! Rupanya Inilah Cara Datuk Aliff Syukri Terlajak Laris Didik Anak
Reviewed by Tular Lagi
on
9:30 AM
Rating:
No comments: