Like us for get Notifications

'Berhenti Untuk Solat Asar, Tiba-Tiba Dengar Orang Mintak Tolong' - Tindakan Abg Askar ni org ramai bangga


Tugas seorang askar adalah melindungi negara dan juga penduduk serta isi-isi di dalamnya. Melindungi tidak bermakna dengan memegang senjata semata-mata, malah termasuk menyelamatkan nyawa apabila seseorang itu berada dalam kesusahan. Dan itulah yang berlaku di satu kampung di Kuantan baru-baru ini.

Dalam kejadian yang berlaku pada 2 Februari itu, Lans Koperal Muhammad Idlan bin Jelani sedang menuju ke Dewan Orang Ramai Kg. Semangat Ubai bagi menghantar dan mengambil anggota 12 RAMD serta peralatan sempena Lawatan Tengku Puan Pahang.

Ketika berhenti untuk solat asar di surau berhampiran Dewan Orang Ramai Kg. Semangat, tiba-tiba beliau terdengar jeritan meminta tolong dari arah tali air berhampiran surau berkenaan.

Idlan kemudian terus berlari ke arah tebang tali air lalu mendapati seorang lelaki dalam lingkutan umur 40-an sedang lemas.

Tanpa berlengah, Idlan terus menggapai sebatang kayu berhampiran dan menyelamatkan lelaki terbabit.

Bagaimanapun, kisah itu tidak berakhir di situ sahaja.

Lelaki berkenaan memaklumkan kepada Idlan bahawa anaknya masih berada di dalam air dan Idlan dengan segera terjun bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak itu berjaya dibawa keluar dari air dalam keadaan selamat dan mangsa diberi rawatan awal oleh jururawat yang berada di Dewan Orang Ramai Kg. Semangat seterusnya dirujuk ke Hospital Pekan bagi rawatan susulan.

Kisah menakjubkan itu dikongsi oleh laman Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia dan turut mendapat perhatian Menteri Pertahanan Malaysia, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Saya dimaklumkan kelmarin berlaku kejadian seorang bapa dan anak dari Kampung Semangat, Kuantan yang hampir lemas di sebuah tali air. Bapa dikenali sebagai Mohd Nadzri bin Hassan, manakala anaknya Muhammad Shaqil bin Mohd Nazri."

"Tahniah dan syabas kepada LKpl Muhamad Idlan bin Jelani dari Batalion 12 RAMD Mekanis kerana bertindak pantas menyelamatkan kedua-dua mangsa setelah terdengar jeritan meminta tolong." tulis Hishammuddin.

Sumber: FB Hishammuddin
'Berhenti Untuk Solat Asar, Tiba-Tiba Dengar Orang Mintak Tolong' - Tindakan Abg Askar ni org ramai bangga 'Berhenti Untuk Solat Asar, Tiba-Tiba Dengar Orang Mintak Tolong' - Tindakan Abg Askar ni  org ramai bangga Reviewed by Mad Pikghie on 2:07 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.