Komen netizen kepada Abg Kosmetik berlakon gelandangan
Ada yang memuji dan ada yang tidak bersetuju dengan perbuatan Dato Alif Syukri (terlajak laris) yang menyamar sebagai gelandangan dalam rancangan realiti bertajuk "Oh abang kosmetik" (episod 3) kerana perbuatan itu ibarat sengaja mencari publisiti murahan di kaca televisyen.
Kami ingin kongsikan respon netizen bernama Ali Abu kerana komen beliau bagi kami sangat tepat dan ada benarnya. Dato Alif Syukri sepatutnya selidik terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa aktiviti di dalam rancangan beliau. Berikut adalah teks didalam posting Ali Abu
Terkini!! sudah ada gaya baru nak mendapatkan publisiti murahan demi melariskan produk di kaca tv
Alif Syukri kalau nak menyamar jadi gelandangan utk menduga hati manusia, tolonglah pergi tempat kebiasaan orang-orang kaya melepak.
Pergilah ke hotel-hotel mewah, Golf Club, Mid Valley atau pergi saja ke KLCC. Baru 'real' kau kena layan macam anjing oleh security guard. Ini, yang kau pergi masuk tempat orang miskin sedang meniaga buat apa? Memang tak kena protokol lah bang oi. Dah la begitu, yang kau kena halau sampai menangis tu pun, sebab kau mencuri (bukan sebab kau gelandangan).
Meskipun saya tak bersetuju dgn cara penggerai itu (yg disamarkan mukannya dlm video) juga begitu kasar melayan karenah Alif Syukri yang mahu mengambil barangnya tanpa izin, tapi pecayalah kalau kau mintak cara elok mesti dia bagi punya. Ini kau amik begitu sahaja, memang la abang peniaga tu marah. Dia marah kau bukan sebab kau miskin (baca menyamar) tapi kerana kau mencuri betul-betul depan mata dia.
Abang peniaga tu kalaupun dia kaya, dia takkan susah-susah nak bukak gerai di situ. Abang tu dah la susah buka gerai, kau pula pergi susahkan dia lagi dengan aktiviti prank kau demi program tv show yang menguntungkan kau sendiri.
Jadi kenalah faham. Salah tempat kau cari simpati. Kenapa kau tak pergi tempat yang betul-betul orang kaya lepak utk menduga hati mereka bila melihat kau menyamar jadi gelandangan?
Aha! Saya tahu. Sebabnya kau kenal geng-geng kaya ni kan?. Mereka sahabat kau. Dan kau tak mahu memalukan mereka kalau mereka bertindak kasar terhadap kau kan? Dikhuatiri selepas daripada kejadian itu nanti, susah nak deal bisnes dengan mereka pula kan?
Cuba kau bayangkan kalau Alif Syukri ni menyamar jadi gelandangan, pergi curi produk Dato Vida di hadapan mata Dato Vida sendiri tanpa kehadiran publik dan kamera tv (kecuali kamera tim Alif Syukri), apa yang akan terjadi? Saya tak pun tak pastilah.
Tapi sepatutnya itu yang perlu dilakukan oleh Alif Syukri 'at the first place'. Bukannya pergi menduga di tempat orang miskin meniaga.
Sumber : Ali Abu
Komen netizen kepada Abg Kosmetik berlakon gelandangan
Reviewed by Tular Lagi
on
7:05 PM
Rating:
No comments: