Uqasha punyai ciri-ciri yang boleh dijadikan sebagai isteri” - Hefny Sahad
Enggan mendedahkan status sebenar hubungan yang terjalin bersama Uqasha Senrose, Hefny Sahad hanya memberi bayangan bahawa Uqasha merupakan wanita paling rapat dengannya sekarang. Malah Hefny melihat personaliti Uqasha mempunyai ciri-ciri yang boleh dijadikan isteri.
“Saya melihat dirinya sebagai seorang pelindung dan perbuatannya nampak ikhlas, seperti seorang ibu menjaga anak-anaknya. Saya juga ada ‘deria keenam’ yang mampu melihat Uqasha sebagai wanita dengan ciri-ciri yang boleh dijadikan sebagai isteri”
Sebelum ini, Uqasha juga pernah menyatakan kenyataan yang sama mengenai sikap Hefny. Mungkin masih terlalu awal buat mereka untuk mendedahkan terlalu banyak mengenai hubungan itu. Apapun kata Hefny lagi, jika ada berita baik diantara mereka, beliau akan kongsikan. (rkty/w)
Uqasha punyai ciri-ciri yang boleh dijadikan sebagai isteri” - Hefny Sahad
Reviewed by Tular Lagi
on
6:57 PM
Rating:

No comments: