Like us for get Notifications

WANITA MELAYU INI DIKECAM KERANA BERGAMBAR DENGAN IKAN PAUS !

GAMBAR WANITA MELAYU BERGAMBAR DENGAN IKAN PAUS DIKECAM!


Lihat bagaimana anda dan teman wanita anda boleh mendapatkan ini!

 P J- Gambar seorang wanita rakyat Malaysia bersama ikan paus
yang dipotong kulit oleh nelayan di jeti Tanjung Gemok, dekat Pulau Tioman telah
mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat Malaysia dan Australia.


Sebuah portal dalam talian melaporkan bahawa seorang pengguna Facebook


telah memuat naik beberapa gambarnya dengan spesis dilindungi itu yang dipotong
kulit oleh nelayan pada 4 Oktober lalu.


Dia didakwa menulis ‘gembira’ kerana ini adalah kali pertama melihat spesis tersebut.
Dipercayai ikan itu telah dipotong untuk dijual di pasaran tempatan.


Walau bagaimanapun, tidak diketahui sama ada ikan paus tersebut memang diburu
oleh pemburu haram, tidak sengaja ditangkap oleh nelayan, atau terdampar di pantai.


Portal Australia PerthNow juga melaporkan berita tentang wanita ini yang bergambar
dengan spesis tersebut yang merupakan lambang binatang laut yang baharu di Australia
Barat dan membangkitkan kemarahan di kalangan warga Australia.


Komen di laman web Australia mempersoalkan keperluan untuk membunuh ikan paus,
dengan beberapa orang menyeru agar pendakwaan dikenakan terhadap pemburu.
Gambar-gambar ini telah dikeluarkan dari Facebook, lapor mStar.
WANITA MELAYU INI DIKECAM KERANA BERGAMBAR DENGAN IKAN PAUS ! WANITA MELAYU INI DIKECAM KERANA BERGAMBAR DENGAN IKAN PAUS ! Reviewed by Unknown on 7:54 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.