Like us for get Notifications

Gitaris Kumpulan Crosstown Rebah Di Atas Pentas Dan Meninggal Dalam Perjalanan Ke Hospital - Al Fatihah



Georgetown: Gitaris kumpulan Crosstown, Izharuddin Shariff meninggal dunia selepas membuat persembahan bersama penyanyi, Awie di Majlis Penutup Karnival Usahawan Bumiputera Pulau Pinang, di Tasek Gelugor, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian 10.30 malam itu, Izharuddin,55, tiba-tiba rebah di atas pentas dipercayai akibat serangan jantung sebelum diberikan bantuan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia.

Rakan baiknya, Izzam Crosstown berkata, jenazah dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB).

"Jenazah Izaharuddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Jelutong untuk urusan pengebumian," katanya.

Crosstown adalah band yang popular di Pulau Pinang - HMO

Gitaris Kumpulan Crosstown Rebah Di Atas Pentas Dan Meninggal Dalam Perjalanan Ke Hospital - Al Fatihah Gitaris Kumpulan Crosstown Rebah Di Atas Pentas Dan Meninggal Dalam Perjalanan Ke Hospital - Al Fatihah Reviewed by Tular Lagi on 8:07 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.