Like us for get Notifications

“Tak Boleh Mengandung Dah, Nak Cari Anak Angkat”







Akibat komplikasi yang dialami semasa mengandung sebelum ini, menyebabkan penyanyi Elyana tidak dapat lagi untuk hamil. Jadi untuk itu dia membuat keputusan untuk mencari anak angkat.



“Saya nak mengandung tapi tak boleh dah. Saya sekarang nak cari anak angkat, sebab saya dah buang sebelah. Baru-baru ini saya gugur, bayi tersekat dalam tiub. Jadi Doktor buang tahun lepas,” katanya yang ditemui di Majlis Iftar Review Intekma petang kelmarin.


Dia yang ditemani suami serta anaknya berkata, dari zaman sekolah sememangnya menginginkan seorang anak angkat walaupun mempunyai anak yang ramai.

“Tapi memang dari zaman sekolah nak ambil anak angkat. Saya cuba untuk ambil anak angkat untuk tolong orang susah. Mungkin Tuhan nak tunjuk dekat saya yang saya dah tak dapat anak, jadi ambillah anak angkat”


“Seorang atau dua anak angkat, lelaki atau perempuan, dan rupa semua itu saya tak kisah. Tapi saya nak dia semasa bayi lagi. Suami saya tidak ada masalah,” katanya yang telah muncul dengan single terbaru berjudul Ikhlas Dalam Resah. (rtky/h)
“Tak Boleh Mengandung Dah, Nak Cari Anak Angkat” “Tak Boleh Mengandung Dah, Nak Cari Anak Angkat” Reviewed by Tular Lagi on 7:58 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.