Like us for get Notifications

Tapi Solekan Pengantin Macam Hantu!Pakej Kahwin 10 Ribu



Pengantin baru, Nurul Hidayah Rosli, 27 terpaksa melalui pengalaman pahit apabila solekan di wajahnya tidak menjadi angkara jurusolek pada majlis perkahwinannya di Dewan Kompleks Kakitangan Brickfields, 15 April lalu sehinggakan terpaksa menghilangkan diri sementara waktu kerana malu.

Gambar wajahnya dengan solekan yang menampakkan kesan tompok putih di bahagian hidung, dahi, dagu dan kedua-dua pipinya itu turut tular di laman sosial, baru-baru ini.
Nurul Hidayah berkata, dia tidak menyangka perkara seperti itu berlaku terhadap dirinya pada hari yang cukup bersejarah itu.

"Saya menempah pakej perkahwinan kira-kira enam bulan lalu sebelum majlis perkahwinan saya berlangsung dengan harga lebih RM10 ribu.

"Pakej berkenaan meliputi keseluruhan pengurusan dan perancangan majlis termasuk jurusolek namun jurusolek pengantin hanya menghubungi saya kira-kira tiga hari sebelum majlis berlangsung," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya yang juga jurutera di syarikat swasta di ibu negara, selepas jurusolek itu mengenakan solekan pada wajahnya dia terus memberi alasan untuk pulang berikutan ada perkara yang perlu diselesaikan segera.

"Ketika itu, saya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah apabila saya turun ke dewan untuk bersanding, seorang rakan yang mahu mengambil gambar bersama saya memaklumkan solekan saya nampak tidak sekata dan rosak.

"Saya kemudiannya melihat gambar berkenaan dan terkejut melihat wajah saya sendiri," katanya.

Katanya, dia terus bergegas ke surau dewan dan meninggalkan majlis buat sementara waktu berikutan malu dengan suami, rakan dan jemputan yang hadir bagi meraikan majlis perkahwinannya.

"Hampir lebih 30 minit juga saya berada di surau itu untuk menanggalkan solekan berkenaan. Mujur ada rakan yang bersimpati dan membantu mengenakan solekan yang lebih baik.


"Ia umpama mimpi ngeri apabila wajah saya diberi solekan yang tidak sewajarnya," katanya.

"Alhamdulillah, jurusolek itu sudah mengakui kesilapannya dan memohon maaf dengan apa yang berlaku serta memulangkan semula bayaran solekan.

"Cuma perkara yang membuatkan saya terkilan kerana majlis perkahwinan tidak sempurna seperti apa yang saya rancang sebelum ini," - Harian Metro Online
Tapi Solekan Pengantin Macam Hantu!Pakej Kahwin 10 Ribu Tapi Solekan Pengantin Macam Hantu!Pakej Kahwin 10 Ribu Reviewed by Tular Lagi on 7:23 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.