Like us for get Notifications

Jerit minta tolong tangan suami hancur



Dungun: Seorang isteri menjerit meminta tolong apabila menyedari tangan kiri suaminya hancur selepas kereta dinaiki tiga beranak terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) dekat Paka, kelmarin.


Tengku Nor Shafarina Tengku Jamal Abd Nasir, 25, meminta orang ramai membantu membawa suaminya, Mohd Faizul Kasim, 32, ke hospital berikutan kecederaan tangan kiri mangsa yang teruk.
Bagaimanapun, Mohd Faizul tersepit di tempat duduk dikeluarkan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba serta Penyelamat Paka.


Tengku Nor Shafarina dan anaknya pula dikeluarkan orang ramai yang berada di tempat kejadian lebih awal.

Kemalangan kira-kira jam 9.15 malam itu ketika pasangan itu bersama anak mereka, Muhammad Fahmi Ikhwan, 2, dalam perjalanan pulang ke rumah di Kemaman selepas bercuti sejak Khamis lalu menziarahi kedua ibu bapa mereka di Kampung Syukur Pasir Raja, dekat sini.

Setibanya di tempat kejadian, kereta Honda Civic dipandu Mohd Faizul yang bekerja sebagai juruelektrik di sebuah syarikat swasta di Kemaman, dipercayai gagal dikawal lalu terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di tengah pembahagi jalan.
Jerit minta tolong tangan suami hancur Jerit minta tolong tangan suami hancur Reviewed by Tular Lagi on 7:48 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.