Like us for get Notifications

Kelar tangan remaja pekerja salon didakwa



 



KOTA BHARU - Dua wanita pekerja sebuah salon mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret di sini, semalam, atas tuduhan mengelar tangan seorang remaja di Pengkalan Chepa di sini, minggu lalu.

Nur Azzlaila Suzzana Ab Halim, 20, dan rakannya, pesalah juvana berusia 15 tahun, dituduh mengelar tangan Che Nurul Amirah Che Hassan, 17, dengan sebilah pisau lipat menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.

Kejadian berlaku di sebuah lorong antara dua blok bangunan dua tingkat di kawasan kilang, antara jam 2.30 dan 3 pagi, 6 Disember lalu.

Pada prosiding itu, kedua-dua tertuduh bagaimanapun menafikannya dan melantik peguam bela bagi prosiding perbicaraan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tiga tahun, denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri memohon kes ditangguhkan bagi mendapatkan laporan perubatan mangsa.

Majistret, Nik Habri Muhamad pula membenarkan Nur Azzlaila diikat jamin RM3,000 sementara remaja itu dibenarkan sejumlah RM1,500 masing-masing dengan seorang penjamin. Mereka kemudian menjelaskan jaminan.

Kes berkenaan akan bersambung pada 9 Januari depan. -SH
Kelar tangan remaja pekerja salon didakwa  Kelar tangan remaja pekerja salon didakwa Reviewed by Tular Lagi on 8:34 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.