Like us for get Notifications

Ops Noda ! 69 GRO warga asing ditahan''





KAJANG - Seramai 69 wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) ditahan membabitkan Ops Noda di dua buah pusat hiburan di Bandar Baru Mahkota Cheras dan Batu 9, di sini, pagi semalam.

Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) IPK Selangor, Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, dalam serbuan pertama pada jam 1.13 pagi, seramai 37 orang yang ditahan termasuk seorang lelaki warga China kerana memiliki 50 biji pil ecstasy.

“Dalam serbuan kedua di Batu 9, kami menahan 38 orang,” katanya dalam sidang media selepas operasi.

PENTING !Tahu sesiapa yang hisap rokok "J"? baca artikel ini,


Seramai 68 wanita Vietnam, dua wanita China serta dua lelaki Myanmar yang ditahan dipercayai bekerja sebagai pelayan di salah sebuah pusat hiburan itu.

Serbuan dilakukan empat pegawai serta 12 anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Selangor itu turut merampas empat buah televisyen, empat buah speaker serta wang tunai RM545.

“Kedua-dua premis ini tidak mempunyai lesen perniagaan,” katanya.

Menurutnya, semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen, Seksyen 55 B Peraturan Imigresen dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.
Ops Noda ! 69 GRO warga asing ditahan'' Ops Noda ! 69 GRO warga asing ditahan'' Reviewed by Tular Lagi on 8:41 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.