Like us for get Notifications

Ridhuan Tee Abdullah- Jangan biarkan hati Melayu semakin terluka "



Pensyarah Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, hari ini memberi amaran bahawa kumpulan pengundi Melayu yang mula marah kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) disebabkan kenaikan mendadak beberapa barangan termasuk tol akan menyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum akan datang.

Malah, beliau turut menyuarakan kebimbangan jika parti pembangkang yang digelarnya sebagai "ultra kiasu" cenderung kepada Islam, Umno sudah hilang kredibiliti dan tidak lagi relevan untuk memperjuangkan nasib rakyat di negara ini.

"Peringatan saya kepada Umno BN, jangan biarkan hati Melayu semakin terluka. Tidak mustahil Melayu akan beralih kepada parti ultra kiasu. Kempen mereka sedang berjalan.

"Jika satu hari nanti ultra kiasu cenderung kepada Islam, saya bimbang ketika itu, Umno sudah tidak relevan lagi, kerana mereka sudah ada PAS. Hari ini Melayu masih bersama Umno kerana tawar hati dengan PAS bersama ultra kiasu, penentang Islam," katanya dipetik daripada kolum beliau di Sinar Harian.

Ridhuan berkata, masyarakat Melayu bukan kumpulan 'Melayu mudah lupa' kerana mereka kini mengingati perkara yang dilupai.

"Saya bimbang PRU14 Umno akan berasa akibatnya, jika langkah berjaga-jaga tidak diambil. Rakan-rakan saya yang dahulu pro-BN, sudah mulai menyampah," katanya.

Beliau berkata, Putrajaya seharusnya mencari jalan meningkatkan pendapatan negara tanpa menekan kehidupan rakyat bawahan, sebaliknya mereka yang merupakan kumpulan golongan kaya.

"Carilah jalan apa sekali pun untuk meningkatkan ekonomi negara, tetapi bukan untuk membebankan rakyat marhaen seperti kami. Bebankan orang kaya yang bertambah kaya.

"Berpada-padalah membuat untung. Begitu juga ultra kiasu yang sudah menjadi kaya raya hasil bantuan kerajaan. Takkan terus menerus mengalirkan wang ke luar negara,” katanya.

Putrajaya mengumumkan pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen ketika pembentangan Bajet 2014.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan.

Ini kerana, katanya, perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya dan tiba masanya untuk kadar tol naik kerana perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

Sebelum itu, pada 2 September, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan harga minyak RON95 dan diesel naik 20 sen.

Berdasarkan kenaikan itu, harga bagi RON95 ialah RM2.10 manakala harga diesel ialah RM2. – 23 Disember, 2013.
Ridhuan Tee Abdullah- Jangan biarkan hati Melayu semakin terluka " Ridhuan Tee Abdullah- Jangan biarkan hati Melayu semakin terluka " Reviewed by Tular Lagi on 3:29 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.