Like us for get Notifications

Anak Bilionair Hong Kong Pertahan Kekasih Lesbian



























Masih ingat kisah bilionair Hong Kong yang menawarkan ganjaran lebih RM200 juta kepada mana-mana lelaki yang berjaya memikat anak gadisnya yang terlibat dalam hubungan lesbian?

Gigi, anak bilionair berkenaan, Cecil Chao Sze-tsung akhirnya mengulas tentang tindakan bapanya itu dalam satu surat terbuka.

Surat yang disiarkan di dua akhbar utama Hong Kong semalam, menyaksikan Gigi mempertahankan pendiriannya untuk terus bersama kekasih lesbiannya, Sean Eav.

Gigi turut menceritakan dalam surat berkenaan, dia amat berbesar hati jika bapanya dapat melayan Sean dengan baik sebagai manusia kalau pun tidak dapat menerimanya sebagai ‘menantu’.

Begitu pun, Gigi menyatakan bahawa dia tidak sekali-kali menyalahkan bapanya jika tidak dapat memahami apatah lagi menerima keputusan hidupnya dalam soal hubungan cinta.

Selain itu, Gigi mengambil kesempatan untuk berkongsi perasaan bahagianya dalam perhubungan yang dijalin bersama Sean – sesuatu yang tidak berlaku ketika dia menjalinkan hubungan dengan lelaki.

Di penghujung surat, Gigi menjelaskan bahawa dia tidak bersama lelaki bukanlah kerana tidak ada lelaki yang baik di Hong Kong untuk dijadikan suami sebagai mana telahan bapanya tetapi kerana dia tidak berminat dengan jantina tersebut.
Anak Bilionair Hong Kong Pertahan Kekasih Lesbian Anak Bilionair Hong Kong Pertahan Kekasih Lesbian Reviewed by Tular Lagi on 12:04 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.