Like us for get Notifications

KITAR 9JUTA botol plastik | Pengorbanan Sepasang Suami Isteri

gambar hiasan


Beijing: Sepasang suami isteri sanggup mengitar semula botol plastik sejak 10 tahun lalu semata-mata mahu memastikan dua anak lelaki mereka mendapat pendidikan sempurna sehingga peringkat universiti.

Zhu dan isterinya Liu menganggarkan mengitar semula hampir sembilan juta botol plastik dan lebih 20 tan bahan plastik.

“Kami sanggup melakukan apa saja demi anak kami itu. 

“Malah kejayaan mereka juga akan menguntungkan negara ini,” katanya.


Setiap hari, bagi memastikan botol dikutip boleh dikitar semula, Liu membuka label setiap satu menggunakan tangannya sebelum diasingkan mengikut warna.


Hasilnya, anak sulung mereka kini mempunyai PhD dan bakal menyambung pengajiannya di Jerman.

Zhu berkata, pada 2006 anak bongsunya yang berada di universiti untuk tahun ketiga pengajiannya tiba-tiba mahu berhenti belajar dan memulakan perniagaan.

“Saya risau dengan keputusannya dan memujuknya menumpukan perhatian terhadap pelajarannya.
“Duit boleh dicari kemudian,” katanya.
KITAR 9JUTA botol plastik | Pengorbanan Sepasang Suami Isteri KITAR 9JUTA botol plastik | Pengorbanan Sepasang Suami Isteri Reviewed by Mad Pikghie on 11:25 AM Rating: 5
Powered by Blogger.