Like us for get Notifications

Ibu Shila Amzah nafi pernah membuat permintaan kepada pelakon, Aman Nassim dekati anaknya !




KUALA LUMPUR 15 Januari.- Ibu kepada penyanyi Shila Amzah menafikan pernah membuat permintaan kepada pelakon, Aman Nassim untuk mendekati anaknya.

Menurut Fauziah Sarman, secara jujurnya dia mengenali Aman, bagaimanapun tidak pernah menyatakan permintaan seperti itu.

“Kali terakhir kami bertemu pun beberapa hari lalu ketika terserempak di pusat beli-belah.

“Jadi tidak mungkin saya mengatakan sesuatu seperti itu memandangkan kami hanya terserempak," katanya ketika ditemui selepas sesi ramah mesra bersama Shila Amzah di sini hari ini.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan, Aman atau nama sebenarnya Abdul Rahman Nassim memberitahu, dia telah diminta oleh ibu Shila untuk mengenali Shila.

Dalam kenyataan itu, Aman menjelaskan hubungannya dengan Shila setakat ini kekal sebagai rakan biasa dan tidak mahu soal itu mengeruhkan hubungan mereka.

Sementara itu, Fauziah menolak dakwaan Aman mahu menggunakan populariti Shila dan memberitahu itu semua hanya salah faham.

“Saya tidak rasa dia berbuat begitu hanya kerana mahu meraih populariti. Mengenali Aman, saya rasa dia seorang yang baik.

“Lagipun dia masih muda, jauh lagi perjalanannya dalam industri ini," katanya. 

Ibu Shila Amzah nafi pernah membuat permintaan kepada pelakon, Aman Nassim dekati anaknya ! Ibu Shila Amzah nafi pernah membuat permintaan kepada pelakon, Aman Nassim dekati anaknya ! Reviewed by Tular Lagi on 7:27 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.