Like us for get Notifications

Isteri maut, suami parah kemalangan



Ipoh: Seorang penumpang wanita maut manakala suaminya parah apabila kereta Proton Perdana V6 dinaiki mereka untuk ke Sepang terbabas merempuh penghadang jalan dalam kejadian di KM273.2 lebuhraya Utara Selatan kira-kira 1 kilometer dari Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Perak, di sini pagi tadi.
Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi mangsa, Kamarulsolahiah Kamaruddin,28, dipercayai mengalami kecederaan teruk di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.
Manakala pemandu Mohd Shahir Sapiai, 37, parah di beberapa bahagian badan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. 

Pasangan itu dikatakan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk ke Jakarta.-hm
Isteri maut, suami parah kemalangan Isteri maut, suami parah kemalangan Reviewed by Tular Lagi on 12:18 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.