Like us for get Notifications

Kristian tidak terjejas jika tidak guna kalimah 'Allah'- Tun Dr Mahathir





KUALA LUMPUR: Pegangan penganut Kristian di Semenanjung tidak akan terjejas walaupun mereka tidak menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan mereka, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata istilah Arab yang merujuk kepada Tuhan itu selalunya digunakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.




"Selama ini, kita tak pernah berbalah tentang perkara ini kerana mereka (penganut Kristian di Semenanjung) tidak pernah menggunakan kalimah itu, jadi kenapa perlu menyakiti hati orang lain, tidak menggunakan kalimah 'Allah', tidak akan memudaratkan mereka.

"Sebelum ini, mereka tidak pernah menggunakannya pun. Yang menggunakannya ialah (orang) Sabah dan Sarawak. Tak ada bantahan, tapi di Semenanjung ni, kenapa kita nak jadikannya alasan untuk bergaduh pula," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah terbuka Tahun Baharu Parti Progresif Penduduk (PPP) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Dr Mahathir berkata sejak sekian lama, rakyat negara ini, tanpa mengira agama, hidup bersama secara aman dan oleh itu, sebarang tindakan yang boleh menyakiti hati sesuatu pihak, tidak patut dilakukan.

Jumaat lepas, paderi Lawrence Andrew, editor akhbar mingguan Katolik, Herald, dalam artikel yang disiarkan sebuah portal berita, berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah 'Allah' dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan bahasa Malaysia.

Langkah ini bertentangan dengan hasrat Jabatan Agama Islam Selangor untuk menghantar surat peringatan kepada mereka berhubung enakmen yang melarang penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam.

Kenyataan beliau itu menimbulkan kemarahan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, termasuk yang menyifatkan tindakan Andrew itu bukan sahaja mencabar sensitiviti umat Islam, tetapi juga tidak menghormati undang-undang.-sumber



Kristian tidak terjejas jika tidak guna kalimah 'Allah'- Tun Dr Mahathir Kristian tidak terjejas jika tidak guna kalimah 'Allah'- Tun Dr Mahathir Reviewed by Mad Pikghie on 12:34 PM Rating: 5
Powered by Blogger.