Like us for get Notifications

KELAB Dangdut ' Mummy " diserbu !





KUALA LUMPUR - Sebuah kelab dangdut milik seorang wanita warga tempatan terus dijadikan lokasi pilihan untuk berpesta arak bagi meraikan tahun baharu, walaupun pernah diserbu sebanyak dua kali sebelum ini.

Serbuan terbaharu dijalankan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) awal pagi semalam yang sekali lagi mengesan aktiviti tidak bermoral itu.


Hasilnya, seramai 17 pengunjung beragama Islam berusia pertengahan 20-an hingga 50-an ditahan atas kesalahan minum arak dan berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

Turut ditahan, pemilik kelab tersebut, seorang wanita berusia awal 40-an turut digelar mummy.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad berkata, dua daripada yang ditahan, masing-masing lelaki berusia 25 dan wanita (40-an) bertindak agresif ketika serbuan dilakukan dan enggan bekerjasama dengan pihak penguatkuasa.

“kedua-dua mereka didapati berada dalam pengaruh alkohol lebih-lebih lagi yang wanita, didapati kandungan alkoholnya mencecah 146.

“Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559), kerana meminum arak yang boleh membawa kepada denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya,” kata Wan Jaafar kepada Sinar Harian.

Tambah beliau, ‘mummy’ yang juga pengurus kelab hiburan itu disiasat di bawah Seksyen 35 kerana didapati menganjurkan, mendorong atau menggalakkan orang lain untuk melakukan maksiat dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

“Dia juga boleh disiasat di bawah Seksyen 22 kesalahan muncikari (”ibu ayam” atau ”bapa ayam”),”katanya.

Dalam pada itu, Wan Jaafar berkata, hasil serbuan yang melibatkan 50 anggota penguatkuasa termasuk kerjasama pelbagai agensi itu juga mendapati terdapat khidmat GRO disediakan namun dalam jumlah yang kecil kerana ia lebih kepada konsep pengunjung membawa pasangan sendiri.

“Dikhuatiri juga ada laluan rahsia di situ kerana terdapat sebuah bilik karaoke yang ditinggalkan kosong dengan kesan hidangan minuman keras, dipercayai pengunjungnya melarikan diri,” katanya.
KELAB Dangdut ' Mummy " diserbu ! KELAB Dangdut ' Mummy " diserbu ! Reviewed by Tular Lagi on 1:55 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.