Like us for get Notifications

Pelajar Trauma dicabul ketika perjalanan ke sekolah






TELUK INTAN - Seorang pelajar tingkatan empat trauma setelah dicabul seorang lelaki ketika dalam perjalanan ke sekolahnya di langkap, di sini, Selasa lalu.
Kenapa semua orang suka lihat Kereta ini ?

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa yang baru keluar dari rumah secara tiba-tiba dipeluk suspek berusia 23 tahun itu.

Menurutnya, suspek yang memeluk mangsa dari arah belakang kemudiannya menutup mulut remaja itu menggunakan tangan dan cuba menarik pelajar itu ke dalam rumah.

"Mangsa kemudian menggigit tangan suspek sebelum menjerit meminta pertolongan.

“Secara kebetulan, seorang jiran mangsa yang baru menghantar anaknya ke sekolah terlihat kejadian itu dan segera menegur lelaki berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang terkejut dengan teguran tersebut terus melarikan diri.

Jelasnya, akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bibir dan mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan sebelum membuat laporan di Balai Polis Langkap.

"Kami sudah mengenal pasti suspek apabila abang lelaki itu sendiri menyerahkannya kepada pihak berkuasa selepas laporan polis dibuat.

"Suspek yang bekerja sebagai juru kimpal itu ditahan reman dan dipercayai sudah mengenali mangsa sejak dua tahun lalu.

“Kita tahan reman suspek selama tiga hari sehingga 10 Januari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.
Pelajar Trauma dicabul ketika perjalanan ke sekolah Pelajar Trauma dicabul ketika  perjalanan ke sekolah Reviewed by Tular Lagi on 2:47 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.