Like us for get Notifications

Raja Azmi | Eddie memang suka memanjakan saya "



PETALING JAYA: Produser filem Raja Azmi merasakan dia menjadi seorang yang lebih manja sejak bergelar isteri kepada gitaris kumpulan CRK, Mohd Eddie Ghazali, 46, pada 13 Oktober tahun lalu.

Raja Azmi atau nama sebenarnya Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, berkata, dia menjadi sedemikian kerana suami berjaya melayan kerenahnya selain seorang yang romantik.

"Eddie memang suka memanjakan saya. Dia layan saja karenah saya yang ada masanya seperti kebudak-budakan.

"Selain itu, dia juga seorang yang sangat romantik. Cuma dia lambat sikit dalam bab memujuk apabila berlaku perselisihan faham. Alhamdulillah, kami cukup bahagia," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Tambah Raja Azmi, walaupun dilayan seperti itu namun dia tetap menghormati suami dan tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Dalam pada itu, penerbit filem ...Dalam Botol ini berkata, dia juga dapat melihat perubahan dirinya apabila bersikap tenang berbanding sebelum ini yang mudah panas baran.

"Sebenarnya, saya tidak tahu apa yang dah berubah dalam diri, tetapi anak-anak beritahu yang saya sekarang ini lebih 'cool'.

"Kalau dulu, sesiapa yang buat hal, saya akan terus saman, tetapi sekarang ini saya lebih berdiplomasi," selorohnya.

Sementara itu, bersempena dengan permulaan tahun 2014, Raja Azmi turut berazam agar kehidupannya bersama suami dan keluarga kedua-dua belah pihak akan bahagia.

Malah, Raja Azmi berkata dia juga merancang untuk menerbitkan sebuah program bual bicara yang membabitkan dia sebagai pengacaranya pada tahun ini.

"Agak lama juga saya merancang mahu mengacara program sendiri, jadi tahun ini saya akan pastikan agar perancangan ini berjaya pada tahun ini juga," ujarnya.

Hasil perkahwinan pertama Eddie, dia dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohd Daniel, 22 dan Mohd Effy, 20.

Manakala Raja Azmi pula mempunyai tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 29, Puteri Suaida, 25, dan Megat Deli, 20, hasil perkahwinannya dengan jurulatih badminton negara, Jalani Mohamad Sidek.- Sumber



Raja Azmi | Eddie memang suka memanjakan saya " Raja Azmi | Eddie memang suka memanjakan saya " Reviewed by Tular Lagi on 5:01 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.