Like us for get Notifications

RANGKA Punggung manusia yang berseluar dalam ditemui di Pantai Tanjung Pahang "



ROMPIN 20 Jan. - Rangka bahagian punggung manusia yang berseluar dalam ditemui di Pantai Tanjung Pahang dekat sini hari ini.
Rangka itu ditemui seorang penduduk kampung Pantai Tanjung Pahang, ketika dia berjalan-jalan di kawasan pantai itu kira-kira 8 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Supritendan Johari Jahaya berkata, polis kini melakukan siasatan terperinci terhadap rangka itu.

"Besar kemungkinan ia ada kaitan dengan beberapa kes lemas sebelum ini atau orang hilang yang belum dijumpai.

"Rangka itu dihantar ke unit forensik di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sehubungan itu Johari meminta mereka yang kehilangan anggota keluarga dan pernah membuat laporan kehilangan anggota keluarga supaya segera menghubungi Balai Polis Tanjung Gemok di talian 09-4132999. - BERNAMA

RANGKA Punggung manusia yang berseluar dalam ditemui di Pantai Tanjung Pahang " RANGKA Punggung manusia yang berseluar dalam ditemui di Pantai Tanjung Pahang " Reviewed by Mad Pikghie on 6:40 PM Rating: 5
Powered by Blogger.