Like us for get Notifications

CANTIKNYA BIBIR ARTIS NI SELEPAS BUAT PEMBEDAHAN



Selepas diejek peminat dalam laman sosial kerana memiliki bibir seperti badut, pelakon Anushka Sharma, 25, dikatakan menjalani pembedahan plastik untuk membentuk semula bibirnya menjadi lebih cantik.

Bagaimanapun seperti diduga, dia menafikannya sebaliknya berkata, teknik terbaru solekan membuatkan bibirnya kelihatan mungil.


“Saya tidak melakukan pembedahan bibir tetapi ia nampak lain kerana teknik solekan. Sudah hampir setahun saya menggunakan sejenis alat untuk membentuk bibir dan sebab itulah bibir saya kelihatan sedikit berbeza daripada sebelumnya.

“Saya sama sekali tidak akan membuat pembedahan plastik atau apa saja cara seumpamanya untuk mengubah diri saya,” tegasnya.


Jelasnya lagi, dia memerlukan bibirnya kelihatan lebih seksi demi menghidupkan wataknya dalam filem Bombay Velvet.


Menerusi filem ‘period’ itu dia memainkan watak penyanyi jazz pada era 1960-an dan 1970-an,” katanya.

Menurut Anushka, dia tidak percaya dan tidak menyokong pembedahan plastik serta tidak akan melakukannya sama sekali.
CANTIKNYA BIBIR ARTIS NI SELEPAS BUAT PEMBEDAHAN CANTIKNYA BIBIR ARTIS NI SELEPAS BUAT PEMBEDAHAN Reviewed by Tular Lagi on 8:49 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.