LAGI KES GURU BELASAH PELAJAR
Guru lelaki berusia 34 tahun yang membelasah hingga cedera empat pelajar sebuah sekolah menengah di Sitiawan dekat sini, petang kelmarin, disyaki menghidap sakit mental.
Timbalan Pengarah Pelajaran Perak, Mohd Idris Ramli, berkata, berdasarkan laporan diterima daripada sekolah berkenaan pagi semalam, tindakan guru itu yang terlalu pantas bertindak terhadap kesalahan dilakukan anak muridnya tidak menunjukkan perlakuan guru yang normal.
"Jika dia menggunakan rotan misalnya bagi menghukum pelajar, itu adalah perkara normal tetapi tindakan menumbuk dan menerajang adalah tindakan yang sukar diterima," katanya di sini hari ini.
Sehubungan itu, katanya, jabatan itu menghantar dua pegawainya pergi ke sekolah berkenaan pagi ini untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci sebelum mengusulkan sebarang tindakan kepada Kementerian Pendidikan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, siasatan terhadap kes itu sudah selesai dan polis kini hanya menunggu laporan perubatan untuk melengkapkan siasatan sebelum diserahkan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Beliau berkata, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan sudah mengambil keterangan daripada guru terbabit yang datang ke IPD Manjung petang semalam.
Empat pelajar sekolah SMJKC Nan Hwa termasuk dua daripadanya perempuan dilaporkan cedera selepas dibelasah guru terbabit kerana tidak membawa buku latihan ke sekolah yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang Rabu.
LAGI KES GURU BELASAH PELAJAR
Reviewed by Tular Lagi
on
7:21 PM
Rating:
Pelajar tidak bawa buku latihan ke sekolah sepatutnya dibelai dgn manja. Cikgu disarankan hanya mengajar sahaja. Pelajar nak ponteng, tidur dlm kelas, tidak buat homework yg diberi dll itu biarkan saja. Buat apa cikgu perlu menyusahkan diri? Cukup bulan ada gaji, sudahlah.
ReplyDeleteBagi aku, ini kes 'false flag' yg dibuat oleh musuh2 negara untuk memburukkan institusi perguruan dan untuk mengkorupsikan para pelajar. Artikel ini keluar beberapa hari selepas peristiwa 15 pelajar belasah guru disiplin kerana menegur mereka tak dtg perhimpuan. Sementara, kes guru suruh pelajar makan rumput disiarkan beberapa hari selepas serbuan polis ke atas Tadika PASTI dan beberapa minggu selepas seorg pelajar menikam guru dengan kerambit.
ReplyDeletePada pendapat saya, kes2 false flag ini bertujuan untuk memansuhkan tindakan disiplin yg biasanya diambil oleh guru terhadappelajar2 yg nakal dan tidak berdisiplin. Hal ini kerana, tindakan disiplin yg dikenakan kpd pelajar bertujuan untuk mendisiplinkan anak2. Kerana itulah org dulu2 akhlaknya lebih baik dari generasi skrg (cuma generasi lama tidak ada fikrah melawan). Dengan tsunami politik 2008 yg mengubah fikrah anak muda serta dengan regimentasi disiplin yg dikenakan kpd anak muda oleh guru sebenarnya telah menjadi ancaman kpd rejim UMNO kerana ia akan membentuk anak muda yg berfikrah melawan dan berdisiplin serta berakhlak. Jadi, untuk melumpuhkan anak muda ini, boleh jadi kerajaan membuat program false flag untuk memansuhkan tindakan disiplin yg biasanya diambil guru spt merotan, kelas tahanan, berlari keliling padang, dsb.
Satu lagi yg menghairankan, kenapa kes2 false flag ini tidak pernah berlaku sebelum 2008, tapi selepas 2008, sgt byk kes2 false flag ini serta diplublisitikan oleh media perdana?? Anda sendiri boleh tahu bahawa ini ialah komplot kerajaan untuk mengkorupsikan anak muda agar mereka tidak mampu melawan kerajaan.
tak semua salah guru, tak semua salah pelajar,jadilah guru yang yang benar2 untuk mendidik dan jadilah pelajar yang benar-benar untuk belajar
ReplyDelete