Like us for get Notifications

Gabenor Wanita Pertama Indonesia Dituduh RASUAH, Tu Dia Harta Dia !










GABENOR wilayah Banten kini berdepan tuduhan memeras ugut daripada agensi antirasuah Indonesia selepas wanita terbabit sudah dikaitkan dengan dakwaan rasuah.


Ratu Atut Chosiyah – menjadi wanita pertama dilantik sebagai gabenor di Indonesia – didakwa bertanggungjawab dalam dua kes berasingan.


Jurucakap agensi itu, Johan Budi berkata, satu daripada kes itu membabitkan perolehan peralatan perubatan di wilayah Banten antara 2011 dan 2013.


“Kami mempunyai cukup bukti untuk memfailkan tuduhan berkenaan ke atas Ratu Atut,” katanya kepada media semalam.


Johan enggan memberikan butiran lanjut.

Pada awalnya Atut – mewakili Parti Golkar – didakwa mengarahkan adiknya, Tubagus Chaeri Wardana untuk memberi rasuah kepada Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan, Akil Mokhtar, bagi menyebelahi kepentingannya dalam petisyen pilihan raya peringkat daerah Lebak.


Siasatan agensi antirasuah itu kemudian dikembangkan dan mereka menemui bukti pasangan adik-beradik itu juga bersubahat menggelapkan dana kerajaan tempatan.


Firma audit negara kemudian berjaya mengesan salah laku lain membabitkan perbelanjaan berjumlah Rp16 bilion (RM4.3 juta) serta tiga bukti penyelewengan lain.


Antaranya, pembelian peralatan bernilai Rp5.7 bilion (RM1.5 juta) tidak memenuhi standard bernilai Rp6.3 bilion (RM1.7 juta).


Penyiasat juga mendapat sejumlah peralatan bernilai Rp18.1 bilion (RM4.9 juta) “hilang.”


Menurut undang-undang Indonesia, penjawat awam seperti Atut boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda Rp1 bilion (RM272,000) jika didapati bersalah.





sk

Gabenor Wanita Pertama Indonesia Dituduh RASUAH, Tu Dia Harta Dia ! Gabenor Wanita Pertama Indonesia Dituduh RASUAH, Tu Dia Harta Dia ! Reviewed by Tular Lagi on 6:34 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.