ISTERI sarat mengandung,Suami Hilang
Seorang isteri sarat mengandung tujuh bulan gusar menantikan detik kelahiran anak keduanya selepas suaminya menghilangkan diri sejak lima bulan lalu.
Nurul Suziana Mohd Daud, 26, berkata, suaminya Md. Yusri Abd Latif, 37, tidak pulang ke rumah selepas menghantarnya ke tempat kerja di sebuah pusat penternakan ayam telur di Durian Tunggal pada 9 Ogos tahun lalu.
Selepas itu, dia membuat satu laporan polis di Balai Polis Durian Tunggal seminggu kemudian setelah usaha mencari suaminya menemui jalan buntu.
“Dia (suami) keluar tanpa membawa telefon bimbitnya, jadi, menyukarkan usaha mencarinya, " katanya yang memohon bantuan daripada Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Melaka di sini, semalam.
Nurul Suziana berkata, dia langsung tidak mengetahui punca mengapa suaminya menghilangkan diri sedangkan setahunya dia langsung tiada perselisihan faham dengan suaminya.
“Yang saya tahu, dia ada menyatakan mahu keluar mencari kerja sebab selama empat bulan sebelum dia menghilangkan diri, dia sudah tidak bekerja, sejak itu kehidupan kami menjadi susah.
“Saya berharap suami dapat balik ke pangkuan keluarga sebab anak begitu rindukannya apatah lagi saya akan melahirkan anak dalam masa terdekat ini,” katanya.
Dia berkata, kehidupannya tambah derita apabila tiada wang untuk membeli susu anak, lampin pakai pakai buang dan menyediakan barang persiapan bersalin.
Sementara itu, Pengarah Pembela BN, Amir Hamzah Azizmengharapkan bantuan orang ramai bagi menjejaki di mana suami Nurul Suziana berada.
“Buat masa ini, Pembela BN akan mengusahakan bantuan duit kecemasan bagi memudahkan Nurul Suziana melakukan persediaan untuk melahirkan anak.
“Kita juga merayu supaya suaminya pulang dan sekiranya ada sebarang masalah, ia boleh dibawa berunding, bukannya dengan cara menghilangkan diri begini,” katanya.

Reviewed by Tular Lagi
on
10:04 AM
Rating:
No comments: