Like us for get Notifications

Misteri Mayat Dikafan Dan Ditinggal Di Tepi Jalan Terjawab



Semalam, satu kegemparan berlaku apabila satu mayat yang kelihatan sudah lengkap dikafankan ditinggal di tepi Jalan Perusahaan 2 Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Semua tertanya-tanya, apa sudah berlaku hingga mayat yang sepatutnya dikebumikan di kubur tiba-tiba terdampar di tempat awam.

Bagaimanapun kenyataan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, (SPT) Asisten Komisioner Azman Abu Lah boleh dianggap telah merungkai semua misteri.

Sebenarnya, mayat yang dilihat dalam gambar bukanlah sudah siap dikafankan tetapi kelihatan semacam itu kerana dibungkus dengan cadar bercorak bunga warna ungu cair.

Mayat yang ditemui sempurna itu masih belum diuruskan dan siasatan awal mendapati dia baru sahaja meninggal dunia dalam keadaan mulut berbuih.

Si mati dipercayai warga asing meski pun tiada sebarang dokumen ditemui bersamanya.

Mengikut makluman polis, tiada sebarang unsur jenayah dan kecederaan ditemui pada badan mayat.

Begitu pun, jenazah sudah dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), Butterworth untuk proses bedah siasat.

Mengikut agakan kami, rasanya kawan-kawan panik apabila si mati meninggal dunia jadi mereka terpaksa melakukan perkara ini bagi memastikan jenazah diurus dan dikebumikan dengan sempurna.

Apa pun, keputusan bedah siasat mungkin lebih tepat untuk merungkai punca sebenar kematian. –Mynewshub
Misteri Mayat Dikafan Dan Ditinggal Di Tepi Jalan Terjawab Misteri Mayat Dikafan Dan Ditinggal Di Tepi Jalan Terjawab         Reviewed by Mad Pikghie on 5:36 PM Rating: 5
Powered by Blogger.