SAMSUNG KENA SAMAN LAGI ?
Samsung merupakan sebuah syarikat yang mempunyai inovasi antara yang terbaik di dunia. Namun begitu, tahukah anda, setiap fungsi yang dibuat oleh Samsung pastinya bakal dikenakan tuntutan mahkamah daripada sesuatu pihak? Terbaru, Samsung nampaknya bakal berdepan dengan satu lagi tuntutan mahkamah dari Universiti Queen dari Kanada tentang pelanggaran paten dalam fungsi “Smart Pause”.
Daripada kenyataan peguam universiti tersebut, Universiti Queen pada tahun 2003 pernah melakukan kajian tentang satu teknologi yang dinamakan “Attentive User Interface” (AUI). Teknologi ini yang membolehkan mengesan mata pengguna dan kemudian melakukan sesuatu tindakan sekiranya terdapat pergerakan pada mata pengguna. Teknologi ini diguna pakai oleh Samsung dalam teknologi “Smart Pause” yang terdapat pada Galaxy S4 dan Galaxy Note 3. Apabila pengguna sedang menonton video, sekiranya pengguna beralih ke arah lain, video yang sedang dilihat akan automatik dihentikan.
Daripada kenyataan Univeristi Queen di sebuah laman web, universiti tersebut hanya ingin melindungi hak-hak fakulti dan juga pelajar yang pernah melakukan kajian tersebut. Kajian tersebut diketuai oleh Profesor Roel Vertegaal dan beberapa orang pelajar dalam fakulti Human Computing. Nampaknya, Samsung perlu lebih berhati-hati untuk memperkenalkan teknologi terbaru mereka selepas ini agar tiada lagi tuntutan mahkamah atas alasan pelanggaran paten.-nzul.my

Reviewed by Tular Lagi
on
8:17 PM
Rating:
No comments: