Like us for get Notifications

Tiga lelaki cuba edar Bible kepada pelajar




   
GEORGETOWN - Seorang guru menangkap tiga lelaki yang cuba mengedar beberapa Bible 
berbahasa Melayu kepada pelajar di sebuah sekolah di sini.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Haji Zainal Abidin, Nor Amin Ahmad berkata, kejadian berkenaan berlaku di sekolah berkenaan yang jaraknya tidak jauh dari sekolah itu.

Pihaknya kesal kerana Bible dalam bahasa Melayu itu juga tertulis perkataan ALLAH yang dibimbangi boleh mengelirukan pelajar sekolah.

“Tajuk kitab itu ialah Kenalilah Al Kitab dan di bahagian bawahnya mereka cuba menarik pembaca dengan menulis ‘Sebuah panorama Firman ALLAH dalam 366 bacaan dan renungan harian'.

“Kenapa kitab sedemikian cuba diedarkan kepada pelajar? Lebih mengelirukan kerana ia dalam bahasa Melayu. Jadi memang (jelas) matlamatnya untuk memesongkan akidah pelajar Melayu Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

Nor Amin menggesa pihak sekolah memantau lebih ketat, khasnya pengawal keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan sekolah.
Tiga lelaki cuba edar Bible kepada pelajar Tiga lelaki cuba edar Bible kepada pelajar Reviewed by Mad Pikghie on 10:37 PM Rating: 5
Powered by Blogger.