Like us for get Notifications

Cikgu Terkejut Anak Murid Pramugara MH370



Cikgu Terkejut Anak Murid Pramugara MH370 - Shah Alam : Seorang guru terkejut dan tidak menyangka seorang daripada pramugara pesawat penerbangan MH370 yang hilang sejak 12 hari lalu adalah bekas muridnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.



Jika anda seorang peminat F1, anda akan memahami bagaimana ternilai benda ni.. [ klik baca selanjutnya ]



Guru Sains terbabit, Mohd Azhar Md Salleh, 55, berkata, dia sememangnya tidak mengecam wajah muridnya itu, Tan Size Hiang, 46, berikutan mangsa lebih dikenali sebagai David Tan ketika bersekolah dahulu.

“Saya hanya mengetahui identitinya hari ini (semalam) selepas dimaklumkan rakan selain membaca akhbar berhubungi isu kehilangan pesawa itu.

“Tan adalah murid yang aktif dalam sukan bola sepak ketika belajar di sekolah berkenaan.

Malah, dia sebahagian daripada kumpulan pelajar pertama yang menyertai pasukan pengakap di sekolah itu,” katanya.

Menurutnya, mangsa sangat aktif dalam kegiatan di sekolah selain pernah menjadi ketua patrol dalam untuk melatih anggota pengakap sekolah.

Kali terakhir dia bertemu Tan di sebuah restoran di Taman Tun Dr Ismail, tiga tahun lalu.

“Ketika itu Tan menegur saya terlebih dahulu.

Walaupun sudah lama tidak bertemu, namun David masih individu yang sama.

Dia seorang yang sangat peramah dan berbudi bahasa,” katanya.

Mohd Azhar yang akan bersara lima tahun lagi berharap dapat bertemu Tan dan semua bekas pengakap sekolah itu untuk meraikan majlis persaraannya kelak.

Difahamkan, seorang lagi anak kapal Wan Swaid Wan Ismail turut bersekolah di sekolah sama, namun Mohd Azhar tidak mengingatinya.-Hm
Cikgu Terkejut Anak Murid Pramugara MH370 Cikgu Terkejut Anak Murid Pramugara MH370 Reviewed by Tular Lagi on 11:23 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.