Like us for get Notifications

KERANA MENIPU Zarina Anjoulie disaman ?















Pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie dan lima lagi rakannya kini berdepan tindakan undang-undang apabila anak lelaki seorang ahli perniagaan kerana didakwa berkomplot melakukan penipuan ke atas nombor pendaftaran sebuah kereta mewah milik bapanya.

Dipetik dari Harian Metro, writ saman yang difailkan Kevin Shah Kadar Shah pada November tahun lalu selaku pentadbir harta pusaka bapanya, Kadar Shah Sulaiman iaitu seorang ahli perniagaan.

Dalam samannya, Kevin telah menamakan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Kementerian Pengangkutan, Kerajaan Malaysia, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, Salleh Idris dan Public Islamic Bank Berhad selaku defenden.

Dalam kenyataan tuntutannya, Kevin mendakwa, bapanya telah membeli kereta terpakai BMW sekitar Mei 2010 dengan nombor pendaftaran WTN 8850 didaftarkan atas nama si mati pada 17 Mei 2010 dan dipinjamkan kepada Zarina Anjoulie bagi jangka masa tertentu.

Bagaimanapun, selepas bapanya meninggal dunia pada 19 November 2011 Zarina tidak memulangkan kereta berkenaan.

Kereta itu kemudiannya telah ditarik balik oleh Public Islamic Berhad selepas Zarina gagal membayar ansuran kenderaan tersebut.

Namun, ketika dia mendapatkan kembali kereta tersebut daripada bank, didapati kereta itu mempunyai nombor pendaftaran BLP 8858, manakala carian di kementerian menunjukkan nombor plat WTN 8850 didaftarkan ke atas sebuah motosikal Honda yang dimiliki si mati.

Kevin turut mendakwa defenden telah berkomplot menipu si mati dan hartanya dengan menukar nombor pendaftaran kedua-dua nombor pendaftaran itu bertujuan melesapkan kereta terbabit.

Dalam pada itu, Mahkamah Tinggi telah menetapkan tarikh 7 April depan untuk mendengar beberapa permohonan antaranya permohonan plaintif meminda penyataan tuntutan dan permohonan defendan kelima untuk membatalkan saman berkenaan.-tupai
KERANA MENIPU Zarina Anjoulie disaman ? KERANA MENIPU Zarina Anjoulie disaman ? Reviewed by Tular Lagi on 8:24 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.