Like us for get Notifications

Pembangkang Mimpi Siang Hari Mahu Azizah Jadi PM - Zahid









Pakatan pembangkang disifatkan sebagai bermimpi di siang hari apabila bercita-cita mahu mengangkat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri jika mereka berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu adalah mustahil kerana Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) bukanlah penentu kepada peralihan kuasa.

"Mereka jangan mimpi di siang hari," katanya ringkas kepada pemberita selepas menghadiri majlis sejenak bersama warga polis dan Perkep Selangor di IPD Kajang di sini, Sabtu.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika ceramah pelancaran Reformasi 2.0 pada Jumaat malam yang memberi jaminan bahawa pakatan pembangkang mahu melantik Wan Azizah sebagai Perdana Menteri Malaysia wanita pertama.

Kata Lim, pakatan pembangkang bersetuju menjadikan isteri kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai Perdana Menteri jika berjaya kembali ke arena politik dan memenangi PRK DUN Kajang yang akan diadakan pada Ahad.

Selain itu Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau yakin pengundi DUN Kajang akan memilih calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun.

"Saya nampak sokongan sangat positif...pengundi menunjukkan minat bahawa mereka inginkan perubaha.

"Perubahan kerana sejak PKR menang di sini sejak 2008 dan sehingga PRU yang lalu, mereka gagal melaksanakan manifesto yang dijanjikan," katanya.



Pembangkang Mimpi Siang Hari Mahu Azizah Jadi PM - Zahid Pembangkang Mimpi Siang Hari Mahu Azizah Jadi PM - Zahid Reviewed by Mohd fitri on 3:29 PM Rating: 5
Powered by Blogger.