Saya Ada Gambar Hanez dan ‘R’ Bercuti Di Bangkok – Nurliyana
Sebelum ini pelakon Hanez Suraya mencetuskan kontroversi apabila membuat pendedahan kepada media mengenai bakal suaminya seorang duda.
Intenet murah klik sini
Bagaimanapun kenyataan Hanez memakan diri apabila dikecam para peminat yang mendakwa dia berbohong dan mendakwa bakal suaminya yang dikenali sebagai ‘R’ itu masih suami orang.
Walaupun Hanez sudah memohon maaf mengenai status ‘R’ di sebuah akhbar baru-baru ini, ia tidak menyurutkan perasaan kecewa di hati Nurliyana, isteri teman lelakinya itu.
Bercakap kepada Berita Harian dalam ruangan B*Pop pada Ahad lepas, Nurliyana meluahkan kekesalannya terhadap sikap aktres ‘Autumn Dihatiku’ itu.
Dakwanya lagi, Hanez Suraya banyak berbohong dalam memberi kenyataan.
“Selama ini saya mendiamkan diri dan memendam rasa biarpun mengetahui tentang hubungi Hanez dan suami saya.
“Saya tak pernah terfikir nak serang Haznez setiap kali membaca kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan dan hanya mendiamkan diri.
“Tetapi saya sudah tidak mampu bertahan lagi apabila dia memuat turun gambar bersama anak-anak saya, Putra Adreeshah,8, dan Putra Rauqarl Shah,2, di Instagramnya,” luahnya kesal.
Menurut Nurliyana lagi, kenyataan Hanez mengenai ‘R’ seorang duda menambah rasa sedih dihatinya.
“Bila masa saya bercerai. Saya akui ada masalah dalam rumah tangga kami, tapi sehingga kini saya masih sah isteri ‘R’.
"Saya tahu suami ada hubungan sulit dengan Hanez apabila dia (Hanez) bertanya kepada salah seorang teman saya sama ada rumah tangga saya dan suami bergoyang atau tidak...
“Tidak lama selepas itu saya mendapat bukti gambar mesra dan percutian mereka ke Bangkok, Thailand menyambut hari jadi suami saya,” dakwa Nurliyana.
Tambah Nurliyana lagi dia membuat kenyataan tersebut adalah kerana dicari wartawan dan tidak mampu berdiam diri lagi.
Intenet murah klik sini
“Bukan saya yang cari wartawan. Saya rasa sudah tiba masa saya bercerita hal sebenar daripada masyarakat terus mendengar pembohongan Hanez,” katanya.-sumber
Saya Ada Gambar Hanez dan ‘R’ Bercuti Di Bangkok – Nurliyana
Reviewed by Tular Lagi
on
12:18 PM
Rating:
menyampah tengok muka artis yg mcm ni hiiiii..geli geleman..
ReplyDeleteyang nama artis...memang bukan semua..tetapi artis murahan begini memang ramai..dan lelaki hidung belang pun ramai..hidung belang temu artis murahan..apa lagi...cheap sale...
ReplyDelete