Like us for get Notifications

Depan Mata - Semakin ramai artis tutup aurat !

Gambar Hiasan







  Menutup aurat bagi wanita hukumnya wajib,   tidak perlu memberi alasan belum sampai seru atau belum bersedia. Walau berat hati tapi jika tahu hukumnya wajib, satu tanggungjawab kita untuk melakukannya.

Selalunya artis wanita akan ditanya apakah penampilannya berubah de­ngan bertudung selepas pulang menunaikan umrah atau haji di Makkah. Ada yang melalui perubahan dan ada juga yang belum terbuka hati. 



[GAMBAR] Tahu tak perbezaan antara sebatang rokok biasa dengan rokok tidak sah? [ klik dan lihat Gambar  ]



Bagaimanapun, jangan memberi pelbagai alasan hingga ada mengatakan solat lima waktu lebih baik disempurnakan dulu sebelum memakai tudung. 

Ada pula menuding jari mengatakan tidak semua yang bertudung itu baik, malah ada yang tidak bertudung tetapi perangai dan amalannya jauh lebih baik.
Jangan menyerlahkan keingkaran kita menunaikan perintah Allah itu dengan jujur kerana ha­nya akan memperlihatkan kepada umum keadaan kita yang tidak memahami perintah Allah yang mewajibkan menutup aurat.
Bercerita mengenai tang­gungjawab menutup aurat, saya tersentuh dengan cara jaguh tinju dunia, Muhammad Ali menegur anak perempuannya betapa pentingnya menutup aurat. 

Ia dikongsi anaknya dalam buku More Than A Hero: His Daughter’s Eyes yang dikongsi pembaca di laman sosial Facebook )FB). Ketika itu Hana dan adiknya, Laila tiba di rumah dan bapanya menyambut mereka dengan menyorok di belakang pintu.

Apabila Muhammad Ali melihat pakaian mereka yang agak terdedah, dengan merenung mata anaknya, dia berkata, Allah ciptakan setiap yang berharga itu dengan bertutup dan sangat sukar untuk mendapatkannya.

“Di mana kita boleh dapat berlian? Jauh di bawah tanah yang bertutup dan
dilindungi.

“Di mana boleh dapat mutiara? Di dasar laut bertutup dan dilindungi ceng­kerang yang cantik.

“Di mana boleh dapat emas? Jauh dalam tanah ditutup lapisan demi lapisan batu dan untuk mendapat­kannya perlu bekerja keras di lombong.

“Tubuhmu jauh lebih berharga daripada berlian, emas dan mutiara. Ia juga seharusnya dilindungi dan ditutup.”

Semoga cara lembut dilakukan Muhammad Ali ini dapat menyedarkan kita betapa pentingnya aurat kita. Alhamdulillah, ramai ma­syarakat Barat tertarik
dengan keindahan Islam.

Ramai dalam kalangan artis dan selebriti juga berhijrah dengan penampilan bertudung atau kini popular disebut berhijab. Antaranya Bella Dally dan Uqasha Senrose.

Kata Bella, tiada sebab lain dia bertudung selain kesedarannya atas kewajiban yang harus dilakukan.

Perkembangan baik ini juga sangat pesat di negara seberang, Indonesia apabila kehadiran artis berhijab makin ramai, terutama di kalangan artis muda.

Ini diakui pelakon Zaskia Mecca yang mula berhijab pada usia 17 tahun. Bintang filem Kiamat Sudah Dekat itu bersyukur apabila hijab kini menjadi trend positif dan diminati ramai orang. Katanya, berhijab menjadi perkara penting kepada wanita Muslim.

  “Dulu waktu saya berhijab ketika usia 17 tahun, ramai bertanya mengapa memilih berhijab pada usia muda. Namun, sekarang rasanya tiada siapa akan persoalkan apabila melihat gadis remaja berhijab kerana makin ramai berhijab.

  “Sewaktu memutuskan untuk berhijab, ia atas keinginan saya, tidak ada campur tangan orang tua. Saya belajar pakai jilbab bukan kerana keharusan, tapi timbul atas kewajiban sendiri. Saya juga mempunyai adik berjilbab, tapi saya tidak memaksanya mengikut saya.

  “Saya juga tidak akan memaksa anak saya berhijab pada usianya sekarang. Dia masih kecil dan tidak wajib ke atasnya kecuali sudah akil baligh dan saya serahkan kepadanya nanti bagaimana,”  
  kata ibu dua anak hasil perkongsian
dengan suami, pengarah Hanung Bramantyo. | Sumber




Depan Mata - Semakin ramai artis tutup aurat ! Depan Mata - Semakin ramai artis tutup aurat ! Reviewed by Tular Lagi on 9:35 PM Rating: 5

1 comment:

  1. aku meluat tengok Fafau pakai tudung dlm konti HotFM (dlm TV8 pepagi tu), nak pakai, pakai elok-elok jgn mcam makcik!.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.