Like us for get Notifications

Gamat bila Kris Dayanti dukung Siti Nurhaliza

AKRAB. KD dan Siti Nurhaliza ketika berduet di ada malam persembahan sempena minggu setiausaha di PICC, Putrajaya pada 18 April. Foto: ASHRAF MUSTAQIM.



























Masih ramai orang Malaysia yang terpikat dengan kelunakan suara penyanyi Indonesia, Kris Dayanti.



***Berikut adalah sebab-sebab kenapa anda perlu memiliki Samsung... [ klik untuk info lanjut ]


Kini lebih membanggakan, Kris Dayanti atau mesra disapa KD membuktikan kontroversi bukan penghalang untuk terus popular di negara ini.

Walaupun digelar ikon artis ada anak luar nikah, KD tetap menerima tepukan gemuruh apabila dia tampil di atas pentas.
Itulah kelebihan yang ada dalam diri wanita beranak empat itu dan jarang dimiliki oleh penghibur lain.

Muncul di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) baru-baru ini, KD mengubat rindu peminatnya menerusi persembahan makan malam Minggu Setiausaha Secretaries Week@ PICC.





KD yang dikenali, dia menyanyi dan rancak menari. Sesekali celotehnya menggamatkan persembahan.

Apatah memiliki vokal yang istimewa selain kekal cantik seperti zaman anak dara. Lalu tidak hairan, kalau auranya masih mempesona.

Biarpun persembahan KD itu masih ada cacat cela, penonton masih dapat mampu memaafkannya kerana kelunakan vokalnya yang sesekali serak-serak basah membuatkan tumpuan khalayak tidak berakhir.

Empat tahun tidak beraksi di pentas besar di negara ini, rindu peminat KD akhirnya terubat apabila dia muncul di atas pentas tepat 10 malam.

Membuka tirai dengan lagu Rumours dan Someone Like You, ternyata vokal KD masih lagi lunak. Terus menghangatkan suasana malam, KD kemudian menyampaikan rangkaian lagu popularnya, Pilihlah Aku, Mencintaimu dan Cinta.

Kejutan muncul apabila KD turut menjemput rakan baiknya, Siti Nurhaliza yang hadir bersama suami, Datuk K naik ke atas pentas untuk sama-sama menyanyikan lagu duet mereka, Jika Kau Tak Datang.

Keakraban dua artis itu membuatkan mereka saling memuji sesama sendiri selepas selesai berduet. Malah lebih kelakar, ketika berpelukan, KD sempat mendukung.

  “Beratnya kamu sekarangnya? Datuk K, bagi makan apa ni?” katanya KD spontan hingga    membuatkan penonton ketawa berderai.   


Seterusnya, penonton larut dengan perasaan masing-masing menerusi lagu balada, Hati Ini Telah Dilukai ketika KD berduet bersama penyanyi Awi Rafael.

Pasti tidak dilupakan, isteri Raul Lemos itu kemudiannya meneruskan persembahan menerusi lagu berhantunya, Menghitung Hari sebelum bergelek sakan dengan lagu dangdut, Penasaran.




Mengakhiri persembahan dengan lagu terbarunya, Ratu Cinta KD turut menerima pengiktirafan apabila dianugerahkan The BrandLaureate International Brand Personality.

Menelusuri dalam anak matanya, KD seakan-akan memberitahu jiwa seninya tidak pernah mati.

Setiap patah bicara KD pada malam itu juga bagaikan mengakui, kecintaannya pada seni melebihi segala-galanya yang ada dalam hidupnya biarpun sentiasa dihimpit kontroversi.

Ketika usianya akan mencecah 39 tahun pada 24 Mac ini, KD tentunya tidak mampu menyatakan betapa bangga dan syukurnya kerana dia masih diingati untuk mengadakan persembahan di negara ini.--| MalaysiaGazette

***Berikut adalah sebab-sebab kenapa anda perlu memiliki Samsung... [ klik untuk info lanjut ]




Gamat bila Kris Dayanti dukung Siti Nurhaliza Gamat bila Kris Dayanti  dukung Siti Nurhaliza Reviewed by Tular Lagi on 10:14 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.