Like us for get Notifications

Kalau Aku Kaya Tak Perli Hanez Suraya – Awi Rafael



Tak ada kena mengena langsung lagu itu dengan dia (Hanez Suraya), jauh sekali untuk menyindir. Penulis liriknya Altimet, dan lagu pula daripada Omar K dan Audi Mok…Bukan saya...Saya hanya menyanyikan lagu itu sahaja.



Kenapa Kastam Diraja Malaysia menubuhkan 'strike team' khas tahun ini? [klik untuk baca selanjutnya]

“Lagipun untuk apa saya nak perli dia. Cerita dah lama…Kelakarlah kalau kata lagu itu sengaja dibuat untuk menyindir dia,” jawab Awi Rafael ketika menjawab dakwaan lagu duetnya bersama Altimet ditujukan kepada bekas kekasihnya, pelakon Hanez Suraya.

Kata Awi lagi, selepas berpisah dengan pelakon Autumn Di Hatiku itu pada pertengahan tahun lalu mereka tidak lagi berhubung dan dia tidak mengambil tahu lagi tentang Hanez.

“Buat apa nak ingat lagi kisah-kisah lama. Saya tak ambil tahu langsung tentang dia, tetapi apabila apabila orang bertanya pada saya mengenai kontroversi Hanez baru-baru ini, saya tetap doakan kebahagiaan dia.

“Jadi apabila ada yang mengaitkan lagu ‘Kalau Aku Kaya’ itu dengan Hanez…Saya rasa tak patutlah sebab lagu itu terbuka mengenai ragam masyarakat,” katanya ketika ditemui pada sidang media Minggu Setiausaha 'Secretaries Week @ PICC 2014', bertempat di Pusat konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada petang Isnin.

Bagaimanapun menurut Awi, pengalaman cinta lalu telah banyak memberi pengajaran kepadanya.

“Saya rasa saya buat keputusan yang tepat berpisah dengan dia dulu…Saya tak menyesal mengikut kata hati saya kerana saat saya merasakan hubungan kami tidak boleh diteruskan lagi, saya terus beritahu kepada dia.

Alhamdulillah kami berpisah dengan cara yang baik,” ujarnya.

Dalam pada itu Awi sempat mengulas mengenai gambarnya bersama seorang wanita yang dimuat naik ke laman intagramnya baru-baru ini.

“Dia kawan saya bukan ‘girlfriend’lah…Kalau ‘girlfriend’ saya bagitahu,” jawabnya ringkas.

Awi bakal menjayakan persembahan Minggu Setiausaha Kris Dayanti sebagai penyanyi undangan pada
17 April ini bertempat di PICC, jam 8.30 malam.

“Saya teruja apabila diundang untuk bersama-sama dengan diva Pop Indonesia, Kris Dayanti. Saya akan menyanyikan lima buah lagu pada malam itu nanti

"Saya rasa bertuah dan teruja dipilih menjayakan acara persembahan seorang diva terkenal. Saya akan menyanyikan lebih kurang lima lagu pada malam itu", katanya.

Dalam perkembangan lain, Awi baru sahaja selesai mencipta lagu kepada beberapa orang penyanyi terkenal termasuk Dato' Siti Nurhaliza, Alif Aziz dan adiknya Aisyah Aziz dan Syura.

Selain itu dia juga sibuk menerbitkan lagu tema untuk beberapa drama menerusi syarikatnya Runaway Productions yang baru ditubuhkan sejak setahun lalu | Astro Gempak
Kalau Aku Kaya Tak Perli Hanez Suraya – Awi Rafael Kalau Aku Kaya Tak Perli Hanez Suraya – Awi Rafael Reviewed by Tular Lagi on 2:44 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.