Like us for get Notifications

Umur lapan tahun tapi sudah pandai menonton video muzik Barat dengan tarian seksi



Kuala Lumpur: “Daniel baru berusia lapan tahun tapi sudah pandai menonton video muzik Barat dengan tarian seksi di YouTube, memuat turun aplikasi lucah dan sebagainya.
   Berikut adalah  sebab-sebab kenapa anda perlu memiliki  Samsung... [ klik untuk info lanjut ]


“Saya tak tahu dari mana dia belajar,” kata Azri Kamal, 34, antara ribuan ibu bapa di negara ini yang khuatir kebanjiran aplikasi lucah dalam laman web boleh menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada bahan lucah sejak kecil.


Ini berikutan majoriti ibu bapa berusia lingkungan 20-an hingga 50-an memiliki telefon pintar yang memiliki akses Internet, sekali gus memudahkan anak kecil mengakses bahan lucah jika tiada pemantauan ibu bapa.


Selain itu, kebanyakan kanak-kanak di peringkat usia lima tahun didedahkan kepala penggunaan gajet seperti telefon pintar dan tablet oleh ibu bapa dengan tujuan membuatkan mereka ‘senyap’ selain mengelak berkelakuan nakal.


Menurut Azri, anak sulungnya cekap mengendalikan gajet seperti iPhone, iPad dan komputer kerana sejak kecil lagi dibiasakan dengan barangan terbabit.


“Mungkin disebabkan saya dan isteri terlalu memanjakannya dengan membeli gajet sebagai ‘permainan’ untuknya, dia bersifat agresif dan ingin tahu pelbagai perkara, termasuk yang negatif.


KANAK-kanak melayari laman lucah menerusi aplikasi dalam gajet mereka.

“Saya tak sangka dia boleh memuat naik aplikasi lucah seperti koleksi gambar gadis berbikini dan menonton tarian mengghairahkan di YouTube.


“Saya tak tahu di mana dia belajar benda ini. Saya terkejut melihat gambar tidak senonoh disimpan di dalam iPad miliknya,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.



Menurut Azri, tidak mungkin anaknya belajar mengenai perkara itu di sekolah, lebih-lebih lagi dia baru memasuki tahun dua sebuah sekolah rendah di ibu kota.


“Nak kata terpengaruh dengan rakan, mustahil juga. Lagipun, semua di dalam kelasnya sama usia dengannya. Takkan baru darjah dua sudah pandai melihat bahan lucah seperti ini? “Peredaran zaman dan kecanggihan teknologi sekarang bukan lagi mainan saya sebagai orang dewasa. Tidak sangka anak kecil berusia lapan tahun lebih bijak dalam hal ini. Namun, perkara ini tidak boleh dibiarkan. Ia akan merosakkan fikirannya.


“Syukur, saya dapat tahu mengenai perkara itu dan kini saya dan isteri mengawal penggunaan gajet terbabit. Saya tidak boleh salahkan anak yang tak tahu apa- apa. Kita sebagai ibu bapa yang patut dipersalahkan,” katanya.


Menurut Azri, ibu bapa perlu memainkan peranan penting mengawal tindak-tanduk anak mereka lebih-lebih lagi berkenaan gajet dan Internet.


“Sekarang segala-galanya di hujung jari. Budak-budak akan lebih cepat mempelajari perkara ini berbanding orang dewasa. Saranan saya kepada ibu bapa, lebih baik bertindak awal sebelum keadaan menjadi lebih keruh.


“Ia sudah terjadi kepada keluarga saya dan saya menyesal kerana terlalu memanjakan anak dengan pelbagai gajet. Walaupun dari satu sudut kecanggihan teknologi ini ada baiknya, ia tetap perlu dikawal ibu bapa,” katanya.


Pemantauan wartawan Metro Ahad mendapati aplikasi mudah dimuat turun menerusi ‘gedung’ perisian aplikasi berselindung di sebalik konsep jaringan sosial dan permainan, sedangkan ia sebenarnya bertujuan mempromosi kegiatan lucah atau berkaitan seks.


Cerita Seks Melayu, Rahsia Seks, Cerita Panas Melayu, Suara Seks dan Audio Sex Chat antara yang popular dalam kalangan pengguna telefon pintar yang mendapat muat turun tinggi |HM
Umur lapan tahun tapi sudah pandai menonton video muzik Barat dengan tarian seksi  Umur lapan tahun tapi sudah pandai menonton video muzik Barat dengan tarian seksi Reviewed by Tular Lagi on 5:01 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.