FAM kejam ! - dakwa Penyokong JDT
Johor Bahru: Peminat negeri ini menyifatkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjatuhkan hukuman penggantungan 20 tahun dan denda RM50,000 ke atas bekas pengurus Johor Darul Ta'zim II (JDT II), On Jabbar@Jaafar yang mengaku bersalah menumbuk pengadil, berat sebelah dan kejam.
Malah, mereka mempersoalkan mengapa On tidak dipanggil untuk memberi keterangan, sebaliknya terus menjatuhkan hukuman itu.
Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (KPBJDT), Azman Abdul Jalil, berkata hukuman berkenaan terlalu berat dan ia sama seperti On digantung seumur hidup.
“Gantung 20 tahun ini sama seperti dia (On) digantung seumur hidup dan pengakuan dan permohonan maaf yang dibuatnya terhadap tindakan menumbuk pengadil itu jelas tidak memberi sebarang makna.
“FAM juga tidak sepatutnya hanya menjatuhkan hukuman sebelah pihak sahaja, sedangkan FAM sendiri mengakui kesilapan pengadil menjadi antara punca perkara ini berlaku,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.
FAM kejam ! - dakwa Penyokong JDT
Reviewed by Tular Lagi
on
7:41 AM
Rating:
No comments: