Like us for get Notifications

MASYALLAH! 5 Gambar fesyen rambut terkini TMJ yang amat pelik dan aneh, jangan terkejut pula lihat warna rambut isteri dalam foto no.4 Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) hari ini membuat kejutan apabila tampil dengan rambut baharu berwarna emas. Gambar-gambar baginda dengan rambut barunya itu dimuat naik dengan status "Tahniah JDT" di laman Facebook Johor Southern Tiger.

Terkejut dengan penampilan tersebut, ada yang memberikan pandangan negatif dan ada juga yang memberi pandangan positif dengan berkata TMJ mempunyai maksud tersirat mewarnakan rambuat sedemikian rupa.

"Hahaha..tmj saje je ni. Ad mksd trsirat. Tmj nk buktikn haters lbih mngeji n amek kesah pasal imej bliau atau lbih bgga n amek tau adnya psukn dr mlysia yg brjaya ke final afc.", tulis pengguna Facebook Nazir Nordin .







Gambar-gambar tersebut disusuli dengan satu video oleh baginda yang mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT yang layak ke perlawanan akhir piala AFC.

Beberapa jam kemudian, TMJ sekali lagi tampil di Facebook JOHOR Southern Tigers dengan satu status "makan dalam" keyword warrior yang bertajuk "The Best Business in The World is to Mind Your Own Business".

Di dalam status terbabit, TMJ menceritakan satu kisah dimana baginda didatangi oleh PDRM yang memaparkan gambar dua individu yang memburukkan baginda dan keluarga baginda.

"Biar saya kongsikan kepada anda satu cerita. Suatu hari, pihak PDRM telah menunjukkan saya gambar dua orang individu yang ditahan kerana memfitnah dan memburukkan saya dan keluarga saya".

"Setelah melihat rupa "keyboard warrior" tersebut, saya tidak marah lagi kerana saya sedar mengapa mereka begini dan seolah olah mereka ini tiada kerja lain. Saya tidak menyalahkan mereka, kerana kalau saya ada wajah sebegitu, tentu saya pun akan bencikan seluruh dunia.", tulis baginda.

Status Penuh TMJ 

Wartawan: Ampun Tunku, baru-baru ini Tunku telah mewarnakan rambut, dan ini menimbulkan pelbagai reaksi dan komen. Mengapa Tunku melakukannya.

TMJ: Saya melakukannya untuk suka-suka sahaja, rambut saya pun. Sekiranya esok saya mewarnakannya biru atau merah, ataupun mencukurnya terus, itu urusan saya. Lagipun bukannya ia akan kekal begini, tak lama lagi hitam semula, jadi saya tak kisah apa kata orang. Hanya Tuhan sahaja yang berhak menghakimi saya.

Wartawan: Adakah terdapat apa-apa yang Tunku ingin sampaikan kepada segelintir mereka yang negatif tersebut?

TMJ: Ayahanda saya selalu berpesan, urusan yang paling baik adalah menjaga urusan sendiri. Dahulu saya selalu terasa hati apabila orang mengatakan perkara negatif berkenaan saya, tetapi kini saya tidak mempedulikannya.

Biar saya kongsikan kepada anda satu cerita. Suatu hari, pihak PDRM telah menunjukkan saya gambar dua orang individu yang ditahan kerana memfitnah dan memburukkan saya dan keluarga saya. Setelah melihat rupa "keyboard warrior" tersebut, saya tidak marah lagi kerana saya sedar mengapa mereka begini dan seolah olah mereka ini tiada kerja lain. Saya tidak menyalahkan mereka, kerana kalau saya ada wajah sebegitu, tentu saya pun akan bencikan seluruh dunia.

Apapun, saya doakan agar Allah S.W.T sentiasa merahmati mereka.

Wartawan: Menjunjung kasih, Tunku.

TMJ: Sama-sama.

Sumber
MASYALLAH! 5 Gambar fesyen rambut terkini TMJ yang amat pelik dan aneh, jangan terkejut pula lihat warna rambut isteri dalam foto no.4 Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan MASYALLAH! 5 Gambar fesyen rambut terkini TMJ yang amat pelik dan aneh, jangan terkejut pula lihat warna rambut isteri dalam foto no.4  Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Reviewed by Tular Lagi on 3:11 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.