Like us for get Notifications

Janin cukup sifat ditemui dalam loji kumbahan di belakang hospital

Gambar Hiasan





Seorang pekerja penyelenggaraan menemui janin yang cukup sifat di dalam jaring di loji kumbahan di belakang Hospital Sultanah Bahiyah di sini pagi tadi.

Farukh Hanafi, 43, yang sedang melakukan tugasnya kira-kira 11.30 pagi terkejut apabila menemui objek kecil yang menyerupai anggota manusia tersangkut dalam jaring.

"Saya cuba mengangkat benda itu dan terkejut apabila mendapati ia lengkap dengan mata, hidung, rambut dan kaki serta tangan. Pada mulanya saya menyangka bangkai haiwan terlekat pada besi perangkap sampah. Bagaimanapun sebaik meneliti betul-betul, ia adalah janin bayi,” katanya.

Beliau berkata, beliau lalu memaklumkan perkara itu kepada ketuanya yang datang ke loji itu bersama pihak hospital.

Janin itu yang tidak diketahui jantinanya ditemui tanpa dibaluti sebarang kain manakala tali pusatnya dibungkus dengan plastik.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan mengesahkan menerima laporan penemuan janin bayi tersebut dan sedang menunggu laporan forensik. | bernama

Janin cukup sifat ditemui dalam loji kumbahan di belakang hospital Janin cukup sifat ditemui dalam loji kumbahan di belakang hospital Reviewed by Tular Lagi on 1:11 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.