Marshanda sedia bergelar janda
SELEPAS hampir tiga bulan gagal mencari jalan mengatasi masalah rumah tangga dengan Ben Kasyafani, akhirnya Marshanda mengambil keputusan untuk bercerai.Menganggap tempoh waktu itu sudah cukup untuk berfikir semasak-masaknya mengenai masa depan tegas wanita berusia 25 tahun ini, keputusan itu paling terbaik untuk mereka."Saya sudah sedia bergelar janda, jadi bu tunggal dan menerima apa juga kata-kata negatif dilemparkan masyarakat.
Fikirkan anda mendapat potensi untuk ini.. [ info lanjut klik ]
"Saya juga tidak beremosi dalam perkara ini," katanya sambil mengakui sudah menghantar borang permohonan untuk perceraian di Jabatan Pengadilan Agama, Jakarta, Indonesia baru-baru ini.Enggan mengakui perbezaan agama menjadi antara faktor perceraian kata Marshanda yang sudah berlakon sejak berusia lapan tahun lagi itu, lebih baik dia menyimpan kemas punca perceraiannya.
Begitu juga pendirian Marshanda apabila suaminya itu dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain, Marshanda bertegas untuk tidak memberi sebarang komen."Biarlah kami saja yang tahu punca sebenar," katanya yang berharap agar soal peribadinya dengan Ben diselesaikan secara baik.Pendirian yang sama diambil oleh lelaki berusia 31 tahun ini. Bekas VJ MTV Indonesia ini menolak untuk memberi kenyatan kerana bimbang bakal mengeruhkan lagi keadaan.
"Saya kesal apabila Marshanda enggan memberi peluang kedua kepada saya. Sebagai lelaki, saya masih ada ego. Permintaan isteri saya itu telah mencabar egos saya," katanya lagi.Marshanda dan Ben menjalin hubungan cinta selama tiga tahun sebelum berkahwin pada 2 April 2011. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan bernama Sienna Ameerah Kasyafan pada 2013.
Marshanda sedia bergelar janda
Reviewed by Tular Lagi
on
1:50 PM
Rating:
No comments: