Yang pelik bagaimana coklat tu dapat sijil HALAL ?
Timbalan Pengerusi Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun berkata, ia bagi menyiasat sama ada mungkin wujud unsur rasuah atau sebaliknya.
Inilah sebabnya mengapa rakyat Malaysia yang begitu berbangga dengan kopi putih mereka. [ klik disini untuk selanjutnya ]
“Jakim sebenarnya perlu lebih tegas melibatkan soal halal haram makanan yang dijual di pasaran supaya umat Islam tidak tertipu.
“Ini semua tanggungjawab Jakim, perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan makanan yang tidak halal dimakan orang Islam. Kita hairan bagaimana coklat itu dapat sijil halal,” katanya.
Mengulas lanjut, Rahimuddin berkata, insiden seumpama itu seolah-olah mempersendakan orang Islam.
“Kita rasa orang Islam ditipu bulat-bulat, memandangkan coklat itu ada logo halal daripada Jakim.
“Tapi kita kesal bagaimana perkara ini boleh berlaku. Ini baru sahaja coklat, mungkin banyak lagi produk lain yang ada unsur benda tidak halal tetapi turut juga terlepas,” ujarnya.
Yang pelik bagaimana coklat tu dapat sijil HALAL ?
Reviewed by Tular Lagi
on
1:27 PM
Rating:
Pengarah dan pegawai Jakim dah rasa ke coklat Cadbury tersebut? Atau dah bagi anak cucu makan?
ReplyDeleteLihatlah keburukan Rasuah apabila sudah berakar umbi..
ReplyDelete