5 GAMBAR - WAJAH KEKASIH ENGKU EMRAN
Sejak beberapa hari lepas, ramai yang mengikuti perkembangan Erra Fazira dan Engku Emran, gara-gara Emran memberi 'pembayang' bahawa dia kini sudah bertemu pengganti Erra yang lebih manis dan pandai dalam ilmu agama.
Bak kata 'orang lama', hidup harus diteruskan (move on). Kenangan silam hanya tinggal satu sejarah suka duka yang tidak mungkin kembali lagi. Apa guna 'menunggu' jika orang sudah tak sudi? Heh.
Namun persoalannya sekarang, siapakah wanita yang berjaya merebut cinta Emran itu? Ramai yang sudah membuat siasatan sendiri (maklumlah di Malaysia banyak mat Bond) berdasarkan 'signature' yang dicatat di lukisan Emran iaitu 'Adeena'.
Menurut beberapa laman sembang, catatan nama tersebut membawa kepada penemuan empunya diri iaitu 'Adeena Richardson', wanita yang minat melukis. Malah terdapat juga sebuah laman sosial yang menggabungkan gambar Emran dan Adeena... namun tidak pasti ianya milik mereka atau sengaja diwujudkan.
Sementara itu, Erra dalam laman Instagramnya dilihat amat berhati-hati dan menjaga nama baik bekas suaminya. Dia dilapor akan memadam komen-komen yang memburukkan Emran sambil memberi nasihat secara berhemah.
"MAAF SANGAT2 YA.. SAYA TERPAKSA DELETE ISU YG KALIAN BINCANGKAN. SUDAH LAH YA... KITA MELANGKAH KE DEPAN DGN MINDA YG POSITIF YA. SAYA DOAKAN AYAH ALEESYA BERBAHAGIA DAN SEMOGA MENDAPAT JODOH YG BAIK DAN BOLEH TERIMA ALEESYA DAN SAYA SBG IBU KEPADA ALEESYA DENGAN BAIK. INSYAALLAH.. KITA SPREAD LOVE PLEASE. TAKMO KITA SESAMA KITA PULAK BERTELAGAH. SAYA HARGAI DAN FAHAM MAKSUD KALIAN.. TERIMA KASIH KERANA MEMBERI SAYA SEMANGAT. INSYAALLAH.. KITA SAMA2 DOAKAN KESEJAHTERAAN DAN KEBAHAGIAAN KITA.. AMIN," demikian petikan komen Erra di Instagramnya.
Dalam hal ini, ayuh kita doakan yang terbaik buat mereka semua... kerana jodoh itu sudah pun ditentukan oleh ALLAH SWT. Apa yang perlu mereka lakukan adalah berusaha di atas landasan agama dalam mencari jodoh yang terbaik buat mereka.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
sumber
5 GAMBAR - WAJAH KEKASIH ENGKU EMRAN
Reviewed by Tular Lagi
on
1:04 PM
Rating:
Cantik tapi gambar tak jelas hehe..
ReplyDelete