Like us for get Notifications

Voice370 akan mendedahkan satu video ucapan Hari Bapa

Satu persatuan mewakili keluarga penumpang dan kru penerbangan MH370, Voice370 akan mendedahkan satu video ucapan Hari Bapa, sempena memperingati 100 hari kehilangan pesawat tersebut.

"Kami berharap, dengan menyatakan keyakinan dan harapan kepulangan mereka, kita dapat meneruskan usaha untuk mendapatkan maklumat yang perlu untuk mencari individu tersayang," kenyataan persatuan itu dipetik.

Ia juga akan menerbitkan siri tulisan dan surat bagi memperingati kehilangan pesawat tersebut.

Video dan tulisan berkenaan boleh disaksikan di laman Facebook Voice370.

Dalam satu perkembangan berkaitan, kumpulan itu berkata ia telah menerima jawapan daripada Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang MH370, Hamzah Zainuddin dan akan mengadakan pertemuan dengan timbalan menteri luar.

"Kami berharap akan dapat menubuhkan rangka kerja untuk menangani isu yang dibangkitkan oleh para waris seberapa segera...," surat itu dipetik.| mk
Voice370 akan mendedahkan satu video ucapan Hari Bapa Voice370 akan mendedahkan satu video ucapan Hari Bapa Reviewed by Tular Lagi on 12:21 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.