Like us for get Notifications

Hanez Suraya Kecewa Dihentam Kerana Jual Syampu



Hanez berasa pelik dengan sesetengah masyarakat yang memandang hina kepadanya sehinggakan perniagaan syampu yang dijalani turut dipertikaikan.


Hanez Suraya Kecewa Dihentam Kerana Jual Syampu  |  Pelakon Hanez Suraya mengakui ada pihak yang memandang rendah terhadap perniagaan syampu jenama sendiri iaitu VLasy yang baharu diceburinya dengan mengaitkan kontroversi-kontroversi yang pernah dilalui sebelum ini.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 28, berkata, dia pelik dengan sesetengah masyarakat yang memandang hina dan suka meletakkan hukum kepadanya sehinggakan perniagaan syampu itu turut dipertikaikan.

"Mereka ini tidak boleh tengok kita senang. Ada sahaja yang nak dihentamnya. Sepatutnya kita jangan memandang rendah kepada orang lain yang ingin berusaha.

"Apa yang yang saya nampak golongan 'keyboard warrior' itulah sebenarnya tidak ada kehidupan sendiri sehingga sibuk mencari salah orang lain di laman sosial," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun tambah Hanez, masih ada lagi peminat yang memberi komen-komen positif mengenai produk syampu itu malah dia turut mendapat tempahan berulang.

Sementara itu Hanez mengakui dia mula terfikir untuk menceburi bidang perniagaan kecantikan rambut selepas bermuhasabah diri sejak pelbagai kontroversi mengenai kisah cintanya timbul.

Syampu VLasy mendapat respons positif daripada peminat-peminat Hanez.

"Selepas pelbagai kontroversi timbul, saya sepikan diri buat seketika. Banyak yang saya belajar lebih-lebih lagi mengenai perniagaan produk-produk kecantikan. Sejak menjadi duta Aurawhite lagi saya sudah berniat mahu mempunyai keluaran produk sendiri.

"Apa yang dah berlaku sebelum ini membuatkan saya lebih kuat untuk teruskan hidup. Diakui memang isu yang timbul telah menggelapkan karier saya tetapi tidak semudah itu untuk saya perlu diam. Jangan biarkan orang tengok kita jatuh.

"Tuhan sentiasa ada di sisi kita. Biarlah apa orang nak cakap, satu hari nanti orang akan tahu cerita sebenarnya. Lambat atau cepat sahaja," ujarnya.

Mengenai syampu VLasy, ia merupakan produk keluaran syarikat Hanez sendiri iaitu H Estrella Beaute yang mempunyai campuran pati buah-buahan dan tumbuhan bagi mengurangkan rambut gugur selain melebatkan rambut.

"Buat masa ini saya jual secara dalam talian (online) dahulu untuk melihat sejauh mana pengguna kita menyokong produk-produk tempatan.

"Setakat ini, Alhamdulillah respons yang diberikan sangat positif, cuma saya perlu kuatkan lagi daripada segi promosi produk," tuturnya.
Hanez Suraya Kecewa Dihentam Kerana Jual Syampu Hanez Suraya Kecewa Dihentam Kerana Jual Syampu Reviewed by Tular Lagi on 6:22 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.