Like us for get Notifications

Jerman ke Final! Tak Sia-Sia Usaha Maya Karin & Nora Danish





Jutaan rakyat Brazil langsung tidak menyangka bahawa pasukan bola sepak mereka terpaksa akur apabila dengan mudah ‘dilauk-laukkan’ oleh pasukan German dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014 yang berlangsung pada awal pagi ini.

Bukan saja rakyat Brazil yang tak percaya, malah satu dunia! Mana mungkin pasukan bimbingan jurulatih Luiz Felipe Scolari yang dikenali dengan jolokan sebagai pasukan ‘kuasa besar bola sepak’ ini tewas 1-7 dengan pemain-pemain bimbingan jurulatih Joachim Low.

Ya, sehingga kini masih ramai yang susah nak percaya Brazil ‘diaibkan’ sedemikian rupa…

Sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung pagi tadi, laman sosial Twitter dan Instagram juga ‘sesak’ dengan komen- komen peminat-peminat bola sepak seluruh dunia (yang mana masing-masing dengan komen ‘lucu’, berbaur sini dan ‘kejam’ ditujukan kepada pasukan Brazil. Tidak ketinggalan kalangan para selebriti baik tempatan mahupun luar negara juga turut sama rancak meninggalkan komen di laman sosial masing-masing.

Apa yang menarik perhatian kami ialah selebriti pujaan ramai, Maya Karin dan Nora Danish juga tidak ketinggalan turut sama gigih menyokong pasukan pilihan mereka iaitu Jerman. Dua aktres jelita ini, masing-masing punya cara tersendiri mempamerkan usaha sokongan mereka. Epik, so sweet! Heh.

Sebagai penyokong tegar pasukan negara kelahirannya, beberapa jam sebelum itu, Maya Karin telah memasak menu istimewa ketam bersambal. Heroin filem ‘Lagenda Budak Setan 3′ ini telah memuat naik sekeping gambar menu masakannya itu di Twitter-nya. Lebih menarik, Maya menunjukkan hidangan ketam sambalnya itu sambil memakai jersi pasukan Jerman. Epik!





Sementara Nora pula, sungguh-sungguh bersorak di depan kaca TV. Boleh nampak. Menerusi laman Instagramnya, Nora turut berkongsi dua keping gambar aksinya bersorak menyokong Jerman. Kami kira aksi comel Nora itu juga, epik!





Apapun, pasukan Jerman sudah menempah tiket ke final. Cuma kini para peminat bola sepak seluruh dunia (termasuklah Maya Karin dan Nora Danish, heh) berdebar menantikan siapakah yang akan mencabar Jerman nanti. Pasukan Belanda atau Argentina?

La la la la la (6x) La….I dare you (nyanyi ala-ala Shakira). -suaratv


kenapa dengan mereka ini ? [ klik disini untuk selanjutnya ]


Jerman ke Final! Tak Sia-Sia Usaha Maya Karin & Nora Danish Jerman ke Final! Tak Sia-Sia Usaha Maya Karin & Nora Danish Reviewed by Tular Lagi on 9:30 PM Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.