Like us for get Notifications

KEJAM!! Mayat Bayi Masih Bertali Pusat Ditemui Di Tapak Pelupusan Sampah Di Tawau



 iklan  - Di Mata Seorang Wanita Malaysia tentang PIALA DUNIA [ klik untuk selanjutnya ]

TAWAU: Mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di kawasan tapak pelupusan sampah Bukit Gemuk, Jalan Bombalai di sini, hari ini.


Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah, berkata mayat ditemui kira-kira 11.40 pagi oleh seorang pekerja di tapak pelupusan sampah berkenaan.


"Pekerja berkenaan menemui mayat bayi yang tidak berpakaian dan masih mempunyai tali pusat dalam sebuah kotak ketika dia sedang mengorek sampah untuk mencari bahan-bahan yang masih boleh digunakan.


"Mayat bayi itu dipercayai baru diletakkan di lokasi itu berdasarkan keadaan yang tidak mempunyi kesan kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk bedah siasat.


Polis meminta orang ramai yang mempuyai maklumat tentang kes itu agar menghubungi mereka.




 iklan  - Di Mata Seorang Wanita Malaysia tentang PIALA DUNIA [ klik untuk selanjutnya ]



KEJAM!! Mayat Bayi Masih Bertali Pusat Ditemui Di Tapak Pelupusan Sampah Di Tawau KEJAM!! Mayat Bayi Masih Bertali Pusat Ditemui Di Tapak Pelupusan Sampah Di Tawau Reviewed by Tular Lagi on 11:04 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.