Like us for get Notifications

Minta mygothsoul muhasabah diri dan berhenti menjaga tepi kain orang - Rozana Misbun



Siapa betul, siapa salah bukan soalnya lagi! Persoalannya kenapa wanita yang menggunakan nama @mygothsoul dalam laman sosial, Instagram (IG) jadi ‘penyibuk’ dan ‘batu api’ dalam konflik yang melanda rumah tangga rockers terkenal, Awie dan isterinya, Rozana Misbun?

Raja sempat baca satu persatu baris ayat dalam yang laman IG @mygothsoul. Hairan juga, @mygothsoul marah sangat, mengalahkan dia yang teraniaya! Siapa gerangan @mygothsoul, biarlah identitinya dirahsiakan.


Mungkin @mygothsoul nak cari publisiti murahan dan seolah-olah nak menangguk di air keruh? Cara @mygothsoul memang tak kena, buat apalah menyibuk dalam hal rumah tangga orang sampai nak menelanjangkan apa yang berlaku. Rasanya, Raja belum lagi baca kenyataan Awie mahupun Rozana yang kutuk mengutuk antara satu sama lain. Hingga hari ini pun, kita semua tidak tahu apa yang berlaku pada kejadian 2 Jun itu!

Siapa benar, siapa salah, janganlah kita menjatuhkan hukum. Sebagai kononnya kawan baik, @mygothsoul memberi nasihat yang baik-baik, bukannya menyebabkan rumah tangga Awie dan Rozana terus jadi kacau bilau. Apa motif @mygothsoul menjadi batu api?

Tapi, @mygothsoul nampaknya lebih sudu daripada kuah! Kawan Awie dan Rozana yang lebih rapat dan kenal berpuluh-puluh tahun pun tidak buka mulut, tapi si @mygothsoul yang baru kenal beberapa bulan sudah canang satu Malaysia kononnya rapat sangat dengan pasangan itu.

Raja dapat tahu, Rozana kenal @mygothsoul ketika Konsert Teaterikal Suara Kita yang dipentaskan di Istana Budaya pada Mac lalu. Baru empat bulan kenal, tapi gelagatnya seolah-olah pernah tidur sebantal, makan sepinggan dengan Rozana.
Minta mygothsoul muhasabah diri dan berhenti menjaga tepi kain orang - Rozana Misbun Minta mygothsoul muhasabah diri dan berhenti menjaga tepi kain orang - Rozana Misbun Reviewed by Mad Pikghie on 10:00 AM Rating: 5
Powered by Blogger.