Like us for get Notifications

Pemberi Dan Peminta Sedekah Di Kuala Lumpur Akan Didenda

Apa pendapat rakyat Malaysia tentang video Petronas ini [ klik sini ]

Bagi yang ingin memberi sedekah kepada pengemis di ibu kota, anda mungkin perlu berfikir dua kali. Ini kerana menurut Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibunegara diperketat akan dikenakan kepada pemberi dan peminta sedekah. Oleh kerana untuk membersihkan imej ibukota supaya tidak tercemar dengan pengemis, tindakan itu terpaksa dilaksanakan.
Selain itu juga, badan bukan kerajaan yang memberi makanan secara percuma kepada gelandangan juga akan ditetapkan tempatnya dan tidak boleh merata-rata tempat kerana ini akan mengundang kekotoran. Ini termasuklah NGO Soup Kitchen yang telah beroperasi bertahun-tahun lamanya yang mengendalikan pemberian makanan kepada golongan gelandangan di ibu kota khususnya. Mereka dikatakan tidak lagi akan dibenarkan untuk beroperasi di dalam radius 2km dari pusat beli-belah Lot 10, yang meliputi sebahagian besar pusat bandar, berkuatkuasa serta-merta.

Ramai gelandangan kekal mengganggur

Selain itu juga alasan lain beliau adalah aktiviti ini hanya menggalakkan orang ramai untuk kekal tiada tempat tinggal dan menganggur. Menurutnya lagi, terdapar ramai gelandangan yang mempunyai kerja sebelum ini tetapi kembali kepada kehidupan asal mereka dan menganggur kerana bagi mereka itu lebih senang. Sesi pengagihan makanan juga menyebabkan kawasan di Kuala Lumpur kotor dan membawa penyakit.

Ramai yang memberi komen negatif mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Tengku Adnan dengan berkata cara itu bukan menyelesaikan masalah ekonomi yang memberi impak kepada golongan gelandangan dan miskin. Kenyataannya lagi telah memperlihatkan kegagalan menteri mengenalpasti punca sebenar gejala itu, apatah lagi untuk (mencadangkan penyelesaian) bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Pemberi Dan Peminta Sedekah Di Kuala Lumpur Akan Didenda Pemberi Dan Peminta Sedekah Di Kuala Lumpur Akan Didenda Reviewed by Tular Lagi on 6:47 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Adakah yang kaya terus menjadi kaya dan yang miskin semakin miskin?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.