Rozita Che Wan Teruja Beraya Bersama Ibu Mertua
Pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta menyatakan rasa terujanya untuk beraya pada tahun ini kerana ia sedikit berbeza berbanding tahun-tahun yang lalu.Malah, aktres ini juga kelihatan tidak sabar untuk beraya bersama keluarga suaminya, Zain Saidin pada hari raya pertama.“Raya tahun ini ada sedikit kelainan apabila pada raya pertama saya akan beraya bersama keluarga Zain di Kuala Lumpur.
“Saya rasa sangat teruja nak beraya bersama dengankeluarga mertua maklumlah sebelum ini saya beraya pun hanya balik ke kampung saya.“Lama dah saya tak rasa menyambut perayaan bersama keluarga lain selain keluarga sendiri dan raya kali ini lebih bermakna buat diri saya kerana bersama anak-anak dan suami,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan kenduri kesyukuran Laugh Out Loud Entertainment baru-baru ini.
Tambah Che Ta lagi, walaupun dia berada di rumah ibu mertuanya namun dia tetap akan memasak juadah kegemaran suami tercinta.“Walaupun saya menyambut raya di rumah keluarga mertua, saya tetap akan masah juadah kegemaran Zain iaitu lontong… Saya dah janji dengan dia nak masak di sana nanti.
“Di tambah pula dengan resipi rahsia sambal dan kuah masak lemak dari ibunya, saya rasa mesti dia (suami) akan tambah dua tiga kali,” ujarnya ketawa.Di samping itu, Che Ta juga memberitahu mereka sekeluarga akan pulang ke kampung halamannya di Kedah pada raya kedua hingga kelima.“Tahun ini berubah angin sikit, raya kedua barulah kami pulang ke Kedah sehingga hari raya kelima.“Raya keenam Zain sudah mula bekerja, dia ada penggambaran untuk telemovie ‘Oh My English’.” jelas pelakon cantik ini yang kini hamil enam bulanh.
Rozita Che Wan Teruja Beraya Bersama Ibu Mertua
Reviewed by Tular Lagi
on
10:59 AM
Rating:
No comments: